Maal Hijrah | Menyingkap pengorbanan Nabi Muhammad SAW

Saturday, November 26, 2011


Salam Maal Hijrah .....

Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang amat istimewa kepada kita sebagai umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam.

Ia merupakan tarikh dimana Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke madinah untuk membuka lembaran baru kepada seluruh umat islam ... dengan berlakunya hijrah .. umat islam yg ditindas dapat diselamatkan .. dan islam berkembang dengan lebih pesat ..



Namun kini, dalam dunia yg serba moden ... dengan manusia yg lalai dengan kemewahan dan kenikmatan dunia ... Adakah masih wujud anak2 muda yg masih mengingati peristiwa ini ? adakah wujud manusia2 yg berterima kasih kepada Nabi Muhammad ? kerana sesungguhnya dengan jasa baginda, kita dapat merasai dan memiliki nikmat iman dan islam .

Oleh itu marilah kita sama2 berselawat kepada bagida rasullullah s.a.w. sebagai tanda syukur kepadanya ..


Click to play


Maal Hijrah menyingkap sejarah
Kisah perpindahan Nabi Muhammad
Dari Kota Makkah menuju ke Kota Madinah
Untuk menyelamatkan Islam dari di tindas

Di tengah malam Rasul berjalan
Bersama Abu Bakar menjadi teman
Di dalam Gua Tsur mereka bersembunyi
Musuh mencarinya tiada berjumpa

# Tiba di Madinah disambut dengan meriah
Seluruh mukmin bersyukur dan gembira
Selamatlah islam dari kekejaman
Terus berkembang mebina sebuah empayar

Hijrah rasul suatu hikmah
Dunia yang kelam bertukar cerah
Segala kekejaman kini lenyaplah sudah
Tanda agama islam peroleh kemenangan

Ulang #

Hijrah rasul mari renungkan
Ambillah ia menjadi panduan
Agar hidup kita tidak dalam kesesatan
Dalam kita menempuh ranjau kehidupan

Agar hidup kita tidak dalam kesesatan
Dalam kita menempuh ranjau kehidupan...


*Aku pon x tau kenape aku begitu serius menulis hari ni...
*Sekian dan salam Maal Hijrah.. =)

You Might Also Like

3 comments