Mencari Cinta ke Syurga

Wednesday, April 18, 2012


Assalamualaikum...

Dah lama aku tak update blog ni kan ? ish tu la. sape suruh join macam-macam sangat sem ni. Sebenarnya dah dekat nk Final dah ni. harap-harap segalanya akan ok.

So, hari ni nk tulis Short entry je ( mungkin la ... mungkin ... ). Berdasarkan tajuk "Mencari Cinta ke Syurga", apa yg korang fikir aku aku tulis ?




Cinta dan Syurga

Cinta itu satu anugerah dan Syurga itu juga satu anugerah. Semua orang nk dapatkan Syurga, tapi anugerah syurga ni sangat mahal dan hanya manusia yg benar-benar beriman dan bertaqwa mampu milikinya. Dan salah satu cara untuk mendapatkan Syurga adalah melalui "Cinta".

Cinta Kepada Allah

Cinta yg sepatutnya diletakkan paling top, dan paling agung dalam hidup kita. Semua orang boleh cakap I Love Allah. Tapi perlaksanaannya ?



Aku bagi contoh mudah, tengah main Dota, azan pun berkumandang, mana korang pilih ? Solat atau sambung dota sampai menang dulu ? Then, contoh ada sorang kawan ajak korang g teman dia dating, dilema untuk memilih, antara sahabat atau perintah Allah.

Cinta kepada Allah hanya boleh dicapai bila korang boleh mngutamakan Allah dalam semua hal. Sebanyak mana harta yg ditawarkan, sebanyak mana kesenangan dan kemewahan yg dihamparkan, tapi kalau korang masih pilih untuk patuh kepada Allah dang mengutamakan AgamaNya, maka itulah tanda korang Cinta kepada Allah. dan insyaAllah Cinta ini yg akan membuka jalan seluas-luasnya untuk kita ke syurga.

Cinta Kepada Rasulullah

Tak perlu aku hurai panjang, semua orang dah tau rasulullah adalah sebaik-baik contoh untuk semua umat islam malah seluruh masyarakat dunia tau kehebatan baginda. Kerana jasa dan baktinya mendidik kita, maka Mencintai Rasul kita adalah Satu kewajipan.

Cinta Kepada Munusia yg Mampu Membawa Kita Ke Syurga

Part ni yg aku nk tekankan kat sini, sebab ramai yg selalu salah pilih manusia yg patut dia cintai.

"Syurga seorang anak dibawah telapak kaki ibunya"




Seorang anak yg benar-benar mahukan Syurga sepatutnya mencintai ibunya. Kadang-kadang kita selalu cakap kita sayang kat ibu, tapi dalam masa yg sama, kita buat ape yg dia larang.

Aku bagi contoh, tiap-tiap bulan parent korang bagi duit kat korang, suruh buat belanja makan, supaya mudah korang nk belajar. Tapi , ape yg korang buat ? korang g belanje awek makan.. So, nmpak tak permainan dia kat situ ? haha. Banyak lagi contoh lain, tapi korang paham-paham je la sendiri ye..

Pointnya ialah, seboleh-bolehnya, cinta dan buktikanlah cinta korang kat ibu bapa korang, sebab Cinta kepada Ibu Bapa ni akan membolehkan korang jumpa jalan ke Syurga.

"Syurga seorang isteri dibawah telapak kaki suaminya"


Sekalipun ungkapan ni masih aku tak temui kesahihannya tapi kita boleh rujuk satu hadis Rasulullah yg bermaksud :

“Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai”. 
(riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)

Apa yg aku nk cuba sampaikan kat sini ialah, disebabkan wanita perlu mentaati suaminya untuk memiliki syurga, maka adalah menjadi satu keutamaan untuk seorang wanita memilih seorang lelaki yg betul-betul berhak dia taati.


Aku bagi analogi kat korang, kalau laki yg kita pilih tu pon tak taat kat ibu dia, macam mana kita nk taat kat dia. lebih kurang mcam tu la.. so kalau nk pilih tu, pilih lah yg boleh membawa ke syurga :D


Kesimpulan 

Kat Dunia ni ada banyak jenis cinta, Cinta Nafsu, cinta harta, Cinta pada glamor dan macam2 jenis Cinta. Tapi dalam banyak2 Cinta yg wujud kat Dunia ni, ada diantara nya yg mampu membawa kita ke Syurga.. so pandai-pandai la cari ye..

"Alang-alang Mencari CinTa, Biarlah Sampai ke Syurga"

Sekian.




*Terima Kasih Sudi baca. kalau nk komen aku sangat hargai.
*Sory sebab membebel panjang sangat, lain kali ada masa aku Update lagi.
*Tolong doakan aku, nk dekat Final dah ni.. Selamat_BeramaL :D
*Jangan lupe tekan button like n share kat bawah ni :P





You Might Also Like

3 comments

  1. Very informative. Thanks for sharing =)

    ReplyDelete
  2. Saya bukan tak puas hati ye ;)

    Kadang2 saya rasa apa guna kan menulis tak berkongsi..kawan2 yang tidak segan silu berkongsi tulisan masing2 sgt bagus. :) Semoga sahaja Allah terus beri kekuatan untuk terus menulis yang baik2.

    ReplyDelete
  3. nice sharing. good luck final. ;)

    ReplyDelete