Mahasiswa Sebagai Pendukung Perubahan

Sunday, February 22, 2015


Assalamualaikum

Perubahan dalam konteks masyarakat universiti hanya mampu belaku apabila mahasiswa sendiri yang mahukan kepada perubahan tersebut. Kesedaran dan "movement" yang betul betul mampu memberi impak adalah "movement" yang dimulakan mahasiswa sendiri, wakil pelajar hanyalah pemudah cara.


Jangan harapkan SRC dan MRC semata, tetapi lihatlah apa yang kita boleh lakukan. Rujuk mereka dalam beberapa perihal. Tetapi jika benar inginkan perubahan, setiap dari kita mesti mempunyai idealisme yang tersendiri. Dalam satu catatan bertarikh 12 september 2011, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menyebut:

"Idealisme (Ketinggian Pemikiran) merujuk kepada pegangan atau prinsip fundamental yang dihayati lagi diamali. Ia berasaskan kepada dua perkara pokok iaitu Al-Amru bil Makruf atau kecintaan terhadap prinsip kebenaran, keadilan dan keharmonian dan yang kedua ialah Wan Nahyu ‘anil Mungkar atau kebencian terhadap kepalsuan, kezaliman dan kekacauan."


Inisiatif untuk membantu pelajar yang kekurangan wang saku di IIUM baru baru ini membuktikan bahawa bagaimana sebenarnya mahasiswa boleh membuat perubahan. Salah satu contoh yang cukup jelas untuk meyakinkan mahasiswa bahawa perubahan itu bukanlah apa yg dimulakan oleh manusia berjawatan, tetapi masyarakat itu sendiri yg perlu berperanan dalam merealisasikan sesuatu misi.

Bukan mahasiswa itu perlu cakna pada isu welfare saja bahkan isu-isu lain yang belegar dalam kerangka universiti mahupun negara secara amnya. Satu ketika dulu, mahasiswa pernah digelar "agent of change" dan "agent of social control".  Bagaimana gerakan mahasiswa suatu ketika dulu mampu mencorak perubahan besar pada sejarah. Tapi dewasa ini, aku tidak begitu yakin sekiranya gelaran itu masih layak untuk diguna oleh mahasiswa.


Namun, berbalik kepada apa yang berlaku dalam kampus iium kita baru baru ini, aku harap mahasiswa mula sedar betapa besarnya perubahan yg kita boleh lakukan. Itulah sebenarnya tanggungjawab kita. Kita harus mula melihat pada isu-isu di universiti secara bersama kemudian bergerak pula pada kerangka masyarakat umum dimana begitu banyak masalah yang masih belum selesai.

Kesimpulan

Setiap dari kita(mahasiswa) perlu kembali menjadi "problem solver" kepada masyarakat pada hari ini. Tidak kira sama ada dalam konteks diri sendiri, keluarga, organisasi, universiti hatta dalam konteks negara kita, Malaysia sekalipun. Idealisme, aktivisme, intelektualisme dan spiritualisme perlu kembali subur demi mengangkat isu umat pada hari ini.

Sekian,
Daniel Azmi
22.02.2015

You Might Also Like

0 comments