Jumaat

Monday, February 29, 2016


Selesai sahaja menguyah suapan yang terakhir, Amar segera bersiap membersihkan diri serta mengenakan jubah hitam yang telah pon tergantung kemas di balik almari. Jumaat, tak dilupa akan amalan amalan yang disunnahkan seperti memotong kuku dan memakai wangi-wangian. Selesai sahaja, terus dicapai kunci motor ex5 yang tergantung bersebelahan laluan menuju ke dapur rumah sewanya. Dipakainya jam tangan yg dibeli dari pasar malam, lalu bermonolog sendiri.

"Baru 12:58 tengah hari, lagi 20 minit nak azan zohor. Sempat lagi ni kalau aku ke kedai runcit Ah Chong, beli rokok. Dari pagi tak "pekena" lagi hari ni".


Lalu dicapai dompetnya diatas meja, dan dikeluarkan sekeping nota RM10. Menjadi kebiasaan kaum lelaki untuk tidak membawa dompet dan telefon bimbit ke masjid ketika solat Jumaat. Sekeping 10 ringgit tidak lah begitu berat untuk dibawa bersama.

"Wan ! Oo Wan ! kau dah siap belum?" Jerit Amar mencari cari housemate nya. Sekilas matanya terpandang Wan yg masih terbongkang di sofa ruang tamu. "Ya Allah, membuta lagi kau ni Wan, Hoi ! Bangun, solat Jumaat kan hari ni". Dengan wajah yg blur, Safwan kelihatan terpana beberapa saat dan terus menuju ke bilik air tanpa sepatah kata. Mungkin kerana sedar dirinya sudah terlewat untuk bersiap.

"Kalau nk menunggu ke si Wan ni bersiap, alamatnya tak sempat lah aku singgah kedai runcit  ni. Bertuah punya hosmet"

Maka menunggulah Amar diatas motornya sambil termenung mengenang keadaan ekonomi Malaysia yg kini semakin darurat. Mahasiswa juga terkena tempiasnya. Harga barang naik mendadak, yuran belajarnya pun masih belum habis dibayar. Di adu kepada menteri, menteri pula suruh masak sendiri. Di minta pendapat, disuruhnya pula buat dua kerja. Begitulah realiti wakil rakyat yg dilantik untuk membela kita.

"Hoi ! jauh menung. Awek merajuk lagi ke?"

Terus hilang lamunan Amar apabila Safwan muncul 15 minit selepas itu.

"Haa muncul pon kau, x de ape lah. Dah, jom gerak. dah lewat ni."

Mereka pon bertolak ke masjid yg jaraknya lebih kurang 5 minit dari rumah sewa mereka. Setibanya di masjid, azan pon dilaungkan. Sesudah memperbaharui wudu', Amar pon melakukan solat sunat Tahiyatul Masjid dua rakaat. Selesai memberi salam, duduklah dia mendengar khutbah jumaat seperti biasa.



"Haish, mengantuknya mata ni, petang ni ade kelas lagi" Keluhnya sendiri.

Sedang matanya terkelip kelip itu, dia dicuit oleh seseorang dari kanannya. Justeru dilihat sedang bergerak tabung masjid beroda 4 dihadapannya.

"Oh, tabung. Aku bawak sekeping je RM10 ni. nak letak ke tak payah. letak ke tak payah. Kalau aku letak, tak dapat lah aku nk beli rokok jap lagi. Duit pon banyak bende lagi nk pakai. Assignment pon tak print lagi. Hmmm bnyak juga nk guna duit hari ni".

Setelah hampir seminit berkira kira, akhirnya dia menolak tabung itu kepada lelaki yang duduk di sebelah kirinya. Terkisahlah bawaha lelaki tersebut adalah seorang budak lelaki yg usianya lebih kurang 9 tahun. Sesampai tabung itu dihadapan budak lelaki tersebut, lantas budak lelaki tersebut menyeluk sakunya dan mencapai beberapa keping wang kertas lalu dimasukkan kedalam tabung. Dan bergeraklah tabung itu kepada orang yang seterusnya. Menyaksikan perihal tersebut, maka terdiamlah Amar. Terpaku. Tersentap.

*************

Betapa dalam hidup ini, kadang Tuhan mengajar kita direct depan mata. Terkesan terus dalam jiwa. Sebagai seorang Mahasiswa terutamanya, tak dinafikan  penggunaang wang ringgit itu sangat mendesak. Kita bukan ada sumber kewangan yg tetap. Tak semua ada biasiswa. Tambahan lagi sekarang ni. Tapi kita lupa sedekah itu membuka ruang rezaki. Masa kita budak-budak kita selalu diingatkan untuk bersedekah, tapi bila dah besar tak siapa nak berpesan pada kita. Kita terlalu risaukan perbelanjaan dan simpanan didunia, sampai lupa menabung untuk akhirat. Maka bersyukurlah andai tuhan masih menegur kita atas kealpaan kita didunia.

Sekian.



Glosari

pekena - Perbuatan menghisap rokok

memperbaharui wudu' - Tindakan mengambil wudu' walaupun diri masih suci dari hadas. Masa aku belajar, ustaz aku cakap bende ni sunat. tak salah nk amik wudu' walaupon masih suci.

Tahiyatul Masjid - Solat sunat dua rakaat yg dilakukan bagi menghormati masjid sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain. .

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim)


You Might Also Like

0 comments