Ayu : Mary , ko kenal greyson chance tak ?
Mary : Kenal kot.. budak yg cute tu ke ? Kenape ?
Ayu : ye la , comel kan budak tu.. aku ingat.. aku nk cari partner hidup yg comel mcm tu la
Mary :$&%#@*
Ayu : Ko pulak Mary, ko suke jenis yg macam mane ?
Mary : Kalau aku la kan.. aku nk yang jenis beriman gitu.. yang mcm imam2 mude ke.. yang boleh bimbing aku ke jalan yang benar
Ayu : owh

Setiap Insan kat dunia ni mempunyai cita rasa dan pilihan masing-masing , terutamanya dalam memilih "teman hidup" .. Tak dapat dinafikan bahawa semua manusia ingin mencari yg sempurna .
♥ Ada yang inginkan pasangan yg mempunyai rupa yg kacak / cantik
♥ Ada yang inginkan pasangan yang berharta
♥ Ada juga yang inginkan pasangan yang kuat agamanya

Korang pon ada keinginan untuk mencari seorang yg "sempurana" kan ? Tapi, korang rasa , boleh ke korang dapatkan seorang yg betul2 sempurna ? Bila aku tgok post2 kat fb , semua cakap nak cari yg alim, yang soleh dan solehah ... Terutamanya girl la, kalau cakap bab2 kawin ni, nombor satu ..
Korang boleh cakap yg korang nk cari seorang yg boleh bimbing korang ke jalan yg benar ... tapi, andaikan tibe2 jodoh korang tu x sempurna seperti yg korang inginkan ... so ape korang nk buat ? Kecewa ?! Hampa ?! Putus Asa ?! Sebenarnya kat dunia ni tak de pon orang yang sempurna .

Macam ni.... Sekalipon jodoh korang tu seorang yg tak cantik / tak kacak / tak berharta / dan tak seperti korang idamkan, mereka sebenarnya masih boleh jadi sempurna kalau korang anggap dia sempurna .. Kesempurnaan seseorang tu adalah bergantung atas apa yg korang anggap..
Bukan setakat pasangan hidup, tetapi sesiapa saja didunia ini , termasuklah ibu bapa korang , adik beradik , sahabat mahupun teman rapat ... kalau korang terima mereka seadanya .. mereka semua akan Jadi sempurna dimata korang .

Kesimpulannya
♥ Korang takkan menemui seorang yang sempurna selagi korang tak boleh terima ketidaksempurnaan mereka ♥
Sekian .
Ketika Aguero sedang asyik membalas komen2 di facebook beliau , tiba-tiba chatbox beliau diketuk oleh Dzeko ...
Dzeko : Woi !!!
Aguero : Ape woi-woi ? bagi la salam dulu ..
Dzeko : Assalamualaikum...
Aguero : Wasalam.. erm ade ape tibe2 chat ngan aku ni ???
Dzeko : tak de pe .. cume ...
Aguero : cuma ape ??!!!
Dzeko : Cume , semalam aku ade add sorang aweks ni.. baik punyer .. gambar2 kat profile die.. pehhh .. bagaikan bulan tak pakai baju ...
Aguero : Sejak bile pulak bulan pakai baju ni ? =.=' . Hah ! Ape-ape je la.. dah tu.. cepat la bg aku link ...
Dzeko : Eh, kau nk jugak ke ???
Aguero : biase la.. mcm x paham2 .. ko ni pon.. kan Sharing is Caring ...
Dzeko : yela..nah amik link nie http://www.facebook.com/awekcomel
( Amaran : Jangan Klik )
Aguero : thankz Dzeko ..

Dalam dunia yg ditelan arus globalisasi ini, perkataan "Share" terlalu biasa bagi pengguna2 laman soSIAL seperti FAcebook, twitter, dan Blogger ( termasuk ke ? ) . Bukanlah menjadi satu kesalahan kalu nk berkongsi, tapi.. sebelum berkongsi sesuatu , sila pastikan, apa yg kita ingin kongsikan..
Ada orang berkongsi cerita seram , ada yg berkongsi lawak jenaka , ade juga yang berkongsi informasi-informasi yang berguna .. Namun , Ada juga yg suka berkongsi Video2 / gambar2 / dan laman sesawang yg bersifat kemaksiatan (18sx ) ..

Berkongsi ? Dapat apa ?
Pernah tak korang fikir, apa yg akan korang dapat bila berkongsi ? Kalau kita kongsi ilmu2 yg bermanfaat , insyaallah dapat pahala, tapi.. kalau kita kongsi gambar2 artis yg x tutup aurat .. kongsi cerita2 hot dan juga video2 yg boleh membuatkan hidung berdarah... agak2 korang la, ape yg korang akan dapat ?
Kadang2 , aku tgok sikap sesetengah blogger yg suke kongsi video2 / gambar2 / yg tak patut dalam entry dorang.. tak dapat dinafikan, entry2 yg berunsur 18sx , biasanya lebih laku daripada entry yg bersifat ilmiah mahupun yg berinformasi .. laris macam goreng pisang panas .. traffic pon naik mendadak ... earning pon .. masyuk ....

Namun.. persoalannya , bagaimanakah keadaan saham akhirat kita ?? ok, aku amik contoh.. korang letak satu gambar yg seksi2 kat blog korang .. then 100 orang dtg visit blog korang .. agak2 la.. brape bnyak dose yg korang dapat ? lepas tu andaikan satu hari nnt korang dijemput oleh malaikat maut.. dalam masa yg sama , hanya korang yg tahu email dan password korang ...
Bayangkan setiap hari orang melawat entry tersebut.. Maka, secara tak langsung , Entry tersebut akan menjadi salah satu penyumbang saham dose korang secara berterusan walaupon korang dah mati . Tu aku baru cerita pasal "satu" gambar yg seksi yg ade kat blog korang .. cube bayangkan kalau ada "beratus2" gambar dan "berpuluh2" entry yg x sepatutnya ada kat blog korang .. tepuk dada, tanya selera .. Oleh itu, adakah korang masih merasakan bahawa "Sharing is Caring" ?
Tak salah untuk berkongsi.. tetapi, kongsilah sesuatu yg berfaedah.. yg mungkin satu hari nnt boleh menambah saham pahala kita diakhirat kelak ..
Kesimpulan
Oleh itu , berfikarlah terlebih dahulu sebelum "Share" sesuatu , kerana tidak mustahil apa yg kita "Share" itu mungkin akan menjadi penyebab untuk kita dicampakkan kedalam api neraka kelak ...
Sekadar peringatan kepada diri sendiri dan Semua reader2 yg aku sayang. Sekian..
*JOm pakat Share Entry ni Kalau anda rase ianya bermanfaat...
artikel
Hubungan Tanpa Kasih Sayang Ibarat "Netbook without internet Connection"
Friday, November 04, 2011
Assalamualaikum....
Pernah dengar tak perumpamaan ni ?
" HubuNgAn TanPa KasIh SaYaNg iBaRaT ' Netbook WithOut InTerNet ConnEcTion ' "
Mesti la korang tak pernah dengar sebab aku sendiri yg memandai buat perumpamaan sendiri.. First of All, Nak bagi tau kat pecinta2 bahasa, bahawa sesungguhnya Aku tak de niat sedikit pon untuk merosakkan bahasa ibunda kita.. Cuma , yg ayat last tu kalau translate ke bahasa malaysia, bunyi dia kurang sedap.. sebab tu la aku kekalkan ayat tersebut dalam bahasa English, Sory...

Kenapa "Netbook" ?
Korang nk tau kenapa aku pilih Netbook ? dan bukannya Laptop atau desktop ? Sebab.. kebiasaannya Netbook dicipta dengan saiz yg agak kecil , rekaan yg lebih simple.. dan hanya sesuai untuk melayari internet... Berbanding laptop2 biasa.. netbook kebiasaannya akan mudah "Lagg" kalau korang menggunakannya untuk tujuan lain seperti , main game, menggunakan software seperti adobe, dan sebagainya.. Oleh itu.. korang bayangkanlah netbook , kalau x de internet.. Macam tu lah diibaratkan sesuatu hubungan tanpa kasih sayang..

Hubungan yg aku maksudkan kat sini bukanlah hanya hubungan antara kekasih, malah semua jenis hubungan yg melibatkan manusia.. ( bukan hubungan sejenis ) termasuklah, hubungan seorang ibu kepada anak2nya.. hubungan seorang guru terhadap anak2 muridnya.. hubungan seorang rakan kepada sahabatnya.. dan juga mungkin hubungan seorang blogger kepada reader2 nya ( yang ni aku tak pasti la pulak xD )

Semestinya Kasih sayang itu sangat penting dalam sesuatu hubungan... Ia terbukti berdasarkan Hadis Rasullullah S.A.W... Mafhumnya Tidak sempurna Iman seseorang itu, selagimana ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri. Kasih sayang juga merupakan asas kepada sesuatu hubungan.. kerana dengan kasih sayang, akan wujudlah sikap bertanggungjwab, hormat menghormati, jujur dalam perhubungan , malah kasih sayang juga akan menjadikan sesuatu hubungan itu lebih kukuh..
Seperti "Internet connection" , kasih sayang berfungsi sebagai penghubung kepada sesebuah hubungan.. Tanpa kasih sayang, mustahil untuk wujud gelak ketawa dalam sesebuah keluarga, takkan wujud keharmonian dalam rumah tangga.. dan takkan wujud sikap saling mengambil berat antara satu sama lain..
Kesimpulannya ... Benarlah kata pepatah

