Assalamualaikum..
Apa itu Plastik ?
Plastik adalah polimer; rantai-panjang atom mengikat satu sama lain. Rantai ini membentuk banyak unit molekul berulang, atau "monomer". Plastik yang umum terdiri dari polimer karbon saja atau dengan oksigen, nitrogen, klorin atau belerang di tulang belakang. (beberapa minat komersial juga berdasar silikon). Tulang-belakang adalah bahagian daripada rantai di jalur utama yang menghubungkan unit monomer menjadi satu.
Untuk mengetahui ciri-ciri plastik kumpulan molekul berlainan bergantung daripada tulang belakang (biasanya "digantung" sebagai baghaian dari monomer sebelum menyambungkan monomer bersama untuk membentuk rantai polimer). Penghasilan oleh kumpulan rantaian ini telah membuat plastik menjadi bahagian tak dapat dipisahkan dalam kehidupan abad ke-21 dengan memperbaiki ciri daripada polimer tersebut.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Plastik
Ada apa dengan Plastik ?
Aku tau ramai tak baca perenggan atas ni kan ? aku curi kat wiki je tu. Kalau aku, aku pon tak baca. haha. Wokeh, "ape itu plastik" tak penting pon sebenarnya. Yang penting ialah, kenapa dengan plastik ?
Secara mudahnya, semua sudah sedia maklum bahawa plastik adalah sejenis bahan yg sangat sukar untuk dilupuskan. Sekalipun dengan membakarnya, ia hanya akan menambah pencemaran udara. Walaupun plastik banyak kegunaannya namun ia tetap membawa satu masalah yg lebih besar yg dinamakan "Pencemaran"
Mungkin ramai tertanya-tanya, ape kejadahnya aku membebel pasal plastik tibe-tibe ni. So, macam ni ceritanya.
Aku selalu nampak bebudak kampus aku bila diorang pergi kiosk, beli air sebotol then bayar kat kaunter, amik beg plastik. What the ??? Beli air sebotol pon amik plastik ke ? Lepas tu aku terus follow la budak tu tgok ape yg dia buat dengan beg plastik tersebut.
15 saat kemudian dia keluar dari kiosk. Kelihatan tong sampah yg terletak lebih kurang 4 meter darinya, dan dia terus berjalan menuju ke tong sampah tersebut. Setibanya di tepi tong sampah tersebut, dia amik air minuman yg dia beli tadi menggunakan tangan kanannya. Dalam masa yg sama, tangan kirinya mencampakkan beg plastik tersebut ke dalam tong sampah itu.
Korang nampak tak permainan yg dipermainkan kat situ ? Apa gunanya beg plastik tersebut ? tak ke namanya membazir dan menambah pencemaran ? Sedangkan islam mengajar kita supaya menjadi khalifah dan umat islam yg cinta kepada Alam sekitar.
Kesimpulan
Ape yg aku cuba sampaikan kat sini ialah, kalau boleh tak perlu la amik beg plastik kalau setakat beli dua tiga barang, mmg la jumlah tu kecil, tapi sikit-sikit tak ke lame-lame jadi gunung kinabalu ? Sape lagi nk mulakan kalau tidak kita. Save our Planet. Peace !
Sekian.
*thankz sudi baca pendapat aku.
*Lepas ni aku jadi Pejuang yg cintakan Alam sekitar la pulak. haha


















