Assalamualaikum..
Wanita dan Aurat
Bila bercakap soal aurat, tidak lari dari dikaitkan dengan kaum hawa. Bukan kerana kaum adam ni tak ada aurat, cuma aurat lelaki lebih mudah dijaga. Aurat bagi kaum hawa sebenarnya bukanlah satu bebanan untuk meraka. Sebaliknya kerana begitu sayangnya Allah pada kaum hawa ini, maka Allah mensyariatkannya untuk mengangkat maruah mereka. Bagi aku, mungkin kerana mereka begitu berharga.
Aurat bagi seorang wanita secara amnya adalah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan sampai ke hujung jari. Rasanya tak perlu aku hurai panjang pasal aurat wanita sebab semua pon dah tau kan. Kalau nk lebih detail boleh bukak link kat bawah ni ;
Itu Pun Aurat lah
Yang menjadi masalah adalah sesetengah wanita muslim yg masih keliru berkaitan Aurat mereka sendiri. Mungkin kerana terlalu mengikut trend semasa sehingga pemakaian mereka tidak lagi mengikut apa yg diajarkan oleh islam.
Antara kesalahan yg jelas adalah, memakai lengan pendek ataupun melipat lengan baju sehingga menampakkan kawasan diatas pegelangan tangan. Then, tidak memakai sarung kaki. Mungkin ramai yg tak amik peduli pasal ni, tapi ingatlah wahai wanita, aurat tetap aurat.
Dan part yg paling penting sekali adalah bahagian dada yg tak ditutup dengan sempurna. Mungkin bahasa aku agak kasar, tapi itulah hakikatnya. secara saintifiknya lelaki diciptakan dengan imaginasi yg jauh lebih hebat dari wanita. Sebab tu la aku cakap part ni paling2 perlu ditutup dengan sempurna. Bantulah kaum Adam menjaga nafsu mereka.
Kesimpulan
Alang-alang menutup aurat biarlah sempurna. Islam itu bukanlah agama yg menyusahkan, tapi agama yg begitu sempurna. Imbas kembali dizaman Rasullullah, bagaimana pada mulanya kaum hawa ditindas, dan diperlakukan seperti hamba pada zaman Jahiliah. Kemudian Baginda datang mengangkat martabat dan maruah kuam Hawa.
Sebaliknya, apa yg sedang berlaku sekarang ? Ketika islam mengajar mereka untuk menjaga maruah mereka. Tapi mereka sendiri memilih untuk merendahkan maruah mereka. Sekdar renungan bersama, Ingatlah Allah itu sayang pada umatnya yg sayang pada dirinya sendiri.
Sekian.
*Terima kasih masih sudi membaca karya aku. Ada mase aku update lagi. Salam
Assalamualaikum...
Rasa macam sekejap je sebulan ramadhan, sedar-sedar dah malam raya. Bersempena dengan syawal yg baru tiba ni, aku nk bg tau satu perkara iaitu, raya takkan meriah kalau...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kalau tak dapat kad raya dari aku :P
Oleh itu, dikesempatan ini aku nk bg sebijik kad raya untuk korang. Nah amik kat bawah ni. Tapi print sendiri la ye. aku tak rajin nk pos kat rumah sorang2. hahaha
Kad ini ditujukan khas buat ;
- Kedua ibu bapaku, adik beradik dan keluarga, serta saudara mara yg mengenali diri aku ni.
- Member-member tadika, sekolah rendah, menengah, dan budak2 cfs iium.
- BCR - Blogger Chat Room , komuniti blogger yg paling best diabad ini.
- Dan semua umat islam yg berpuasa dibulan ramadhan. yg tak puasa tak leh.
- Dan bakal isteri aku, walaupun aku tak kenal ko, tapi Selamat Hari Raya , maaf zahir dan batin :D
Sekian.
Assalamualaikum...
Sudah agak lama aku menyepi dari dunia blogger, bukan tak rindu, cuma jarang sangat aku berkesempatan untuk menulis kembali. Disibukkan dengan hal- hal duniawi . Sejak diberi tanggungjawab untuk jadi president kelab ni, maaf la busy memanjang.
Untuk makluman budak-budak cfs iium petaling jaya, 30 July ni club aku ada buat Majlis iftar bersama Hilal asyraf. tiket boleh beli minggu depan. lambat habis.
Pejam celik, kita dah pun bertemu dengan Ramadhan sekali lagi, bersyukurlah masih diberi peluang untuk bernafas dalam bulan yg penuh keberkatan ini. Agak-agak la, adakah kita akan berkesempatan untuk sambut ramadhan lagi tahun depan?
Anggaplah ramadhan kali ini adalah peluang keemasan yg kita tidak pasti adakah ia akan datang lagi lepas ini. Oleh itu , jadikanlah ramadhan ini ramadhan yg terbaik dalam hidup kita. Perbanyakkan ibadah dan jauhi perkara yg boleh mengurangkan pahala puasa.
Kempen : Senyum Sepanjang Ramadhan !
Mungkin masa tengah berpuasa, agak susah untuk kita buat amalan2 yg berat-berat. So, hari ni aku nk melancarkan kempen senyum sepanjang ramadhan. Senyum adalah sedekah yg paling mudah. Ape kate korang cuba amalkan. senang dan tak susah dan simple.
Bila jumpa orang kita senyum, bila jumpa cikgu kita senyum, bila nmpk pak gad pon kita senyum. Kalau ikot perkiraan aku, takkan habis punya tenaga kita pada hari-hari puasa kalau kita senyum sepanjang hari.
Walaupun senyum ni nmpk macam perkara yg remeh, tapi sebenarnya senyum boleh menceriakan orang di sekeliling kita. ye la masing2 tengah lapar kan, tapi kalau ada yg sudi melemparkan senyuman. mungkin hilang la sikit kelaparan tu :D
Malahan, cuba bayangkan kalau sehari korang senyum pada 10 orang, cukup sebulan, banyak la jugak income pahala yg korang boleh dapat. InsyaAllah.
Salam Ramadhan
Hajat di hati nk menulis panjang lagi, tapi macam tak cukup masa la pulak. Jadi dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua kawan, sahabat, teman, dan seluruh umat islam kat dunia ni.
Ada kelapangan, aku menulis lagi. Jangan lupa untuk "Senyum" :D
Sekian.










