Assalamualaikum...
Kebiasaannya, kalau aku bangun pagi, sebelum aku mula mengemas rumah atau buat aktiviti lain, aku akan amik nescafe. Kalau kat u pon, aku singgah cafe dulu beli nescafe semangkuk sebelum aku pi kelas .
Senang cerita nescafe ni di kira bagi tenaga tambahan untuk aku menenpuh hari hari aku la. Terpulang pada individu, ada yg pilih nescafe, ade yg pilih milo. Tapi bagi aku nescafe lagi best sebab rasa dia ade ummmm.
Yang sebenarnya aku nk kongsikan bukan cerita nescafe atau milo, tapi benda yg lebih penting dari dua jenis minuman ni.
Al-Quran
Macam nescafe juga, kita minum untuk dapat tenaga tambahan. Tapi ramai yg terlupa rohani kita juga perlukan makanan tambahan. Bagi aku membaca Al-quran ni boleh memperbaiki rohani terutamanya iman kita.
Iman manusia ni ada masa turun ada masa naik, sebab tu perlunya tenaga tambahan. Bila aku sebut tambahan, maksudnya jangan ditinggalkan yg utama seperti solat, dan ibadat khusus yg lain dan dalam masa yg sama ditambah dengan amalan amalan sunat seperti membaca Al-Quran.
Biasanya kita minum nescafe sehari sekali kan ? mcm tu juga lah membaca Al-Quran, kalau boleh jangan sampai berhari hari tak sentuh Al-Quran. Makin jauh kita tinggal Al-Quran, makin jauhlah Al-Quran dari kita .
Kesimpulan
Bukan jasad sahaja yg perlukan makanan. Rohani jangan sesekali dilupakan.
Sekian.