Pujian Lelaki Terhadap Perempuan: Jujur Atau Plastik Semata-mata ?

Tuesday, November 22, 2011


Wajahmu ibarat bulan purnama yg menghiasi kegelapan malam... walaupun tidak secantik bintang dilangit... tetapi cahayanya mampu memberi harapan...

Hadirmu pula ibarat Sang Mentari di tengah hari... Walaupun kadangkala dilindung awan.. namun ia pasti akan bersinar kembali ...




Lelaki... itulah gelaran yg diberikan kepada kaum Adam yang lahir dibumi ini ... dan kebiasaannya dikurniakan satu kemahiran yg sangat hebat iaitu kemahiran "Mengayat "... ( asal skema sngat aku ni =.=' )

ok, berdasarkan kajian aku... (kajian pada tahun 2019) ... 7 daripada 10 orang lelaki yg wujud kat dunia ni mempunyai mulut yg sangat manis .. bukan kerana mereka suka makan gula2 atau coklat... tapi disebabkan mulut mereka sangat ringan untuk melafaskan kata2 cinta dan kata2 pujian terutamanya kepada wanita ..

Aku setuju untuk mengatakan lelaki yg bermulut manis adalah normal.. Tapi persoalannya , adakah pujian lelaki terhadap wanita itu adalah Jujur, atau sekadar plastik semata-mata ?

Seriously , lelaki mmg sangat suka melemparkan kata2 pujian terhadap wanita.. pantang nmpk wanita yg agak cantik.. kompom terus je puji ... dan perempuan ni pulak ade satu sifat iaitu "sangat cepat perasan" ...



1. Pujian Ikhlas .

Tak dapat dinafikan .. mmg wujud lelaki yg benar2 ihklas dalam kata2 nya .. memuji seseorang dengan hati yg ihklas ... memuji bukan untuk membodek, mengayat mahupun mengharapkan sesuatu ...

contohnya korang jumpe kawan pompuan korang yg pakai cantik2 , then secara automatik mulut korang cakap .. "cantiknya kau hari ni" .. so, itulah yg dikatakan pujian dari hati . xD




2. Udang sebalik Mee

Namun ada juga lelaki yg berhati kotor ... memuji dengan niat yg tersendiri.. Dan, dalam kajian aku juga ( wah ! dah mcm pengkaji la aku ni ) .. aku dapati kebanyakan pompuan2 yg mempunyai rupa paras yg cntik sangat senang untuk ter-sangkut kepada mat2 rempit / kaki motor / kaki buli dan kaki2 yang lain . Atau lebih senang dikenali sebagai golongan lelaki sampah masyarakat...

Sebagai contoh... lelaki yg jenis macam ni biasanya akan mengayat gadis2 terutamanya gadis2 dibawah umur.. .. then bile dah dapat "Barang" yg dorang nak... maka dibuang lah gadis2 tersebut .. bak kata pepatah " Habis Madu, sepah dibuang"...


Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat beratus-ratus jenis pujian yg lahir dari mulut "Lelaki" dan beribu-ribu pengertiannya.. oleh itu berhati-hati dengan setiap patah perkataan yg keluar dari mulut seorang "Lelaki".

Pujian Lelaki Terhadap Perempuan : Jujur Atau Plastik Semata-mata ? Nilailah dengan bijak , Anda Mampu mengubahnya..

Credit to : Jejaka Terhangat


You Might Also Like

8 comments

  1. kalau aku.. ko rasa plastik ke tak..?? wakakkaka...

    ReplyDelete
  2. susah nak menilai tapi harapnya jangan sampai salah menilai..
    =D

    ReplyDelete
  3. entah lah,

    yang pasti lelaki ni mmg sangat manis dalam berkata-kata.

    tapi lebih baik tak yah pecaye, haha! :D

    ReplyDelete
  4. wahai kaum hawa jangan salah menafsir terhadap kaum adam,tanpa kami siapalah kamu dan tanpa kamu siapalah kami...

    ReplyDelete