Susah iTu Ujian , Senang iTu Juga Ujian .
Thursday, November 24, 2011Assalamualaikum...
Apabila korang sedang ditimpa musibah atau pun kesusahan .. pernah tak korang mengeluh mcm ni :
"Erm... kan best kalau aku kaya, banyak duit , hidup mewah , ade kedudukan .. senang je hidup aku.. x yah la nk susah2 mcm ni ... "
Sebenarnya, ketika kita susah kita lebih mudah untuk dekat dengan Allah.. lebih mudah untuk mengingatinya.. dan lebih mudah untuk bermuhasabah...
contohnya mase korang demam... ape yg korang akan ingat ? mesti la korang akan berdoa untuk cepat sembuh kan ? so, itu menunjukkan korang sedang menghambakan diri kepada ALLAH..
Atau dengan kata lainnya .. apabila korang ditimpa kesusahan.. kesusahan itu merupakan satu ujian untuk korang .. ujian yang memerlukan kesabaran .. dan kalau korang berjaya harungi.. insyaallah dapat pahala ..
Betul tak .. semua orang tahu kesusahan itu adalah ujian .. tapi tak ramai yg sedar bahawa kesenangan dan kemewahan itu juga merupakan satu ujian ...
Korang bayangkan .. pernah tak korang ingat pada pencipta ketika korang :
berjaya buat gol ketika bermain bola sepak ?
Sedang makan KFC dengan aweks ?
atau sedang membeli belah selepas dapat gaji ?
Sedar atau tidak, apabila sedang dalam kesenangan.. kita akan mudah lupa diri dan lebih mudah untuk melakukan dosa ...
Kesimpulannya
Bersabarlah apabila kamu ditimpa kesusahan ... kerana kesusahan itu akan membuatkanmu lebih dekat kepada ALLAH.. dan... Berhati2lah dengan Kesenangan dan kemewahan .. kerana kesenangan dan kemewahan itu mungkin akan mencampakkan kamu ke lembah kebinasaan..
5 comments
insaf akak baca entry ni..teringat masa 23 ari di hospital dlu, tah beribu atau berpuluh ribu kali mulut ini menyebut selawat nabi dan zikir-zikir. TApi sekarang bila dh sihat, tak ada yang sampai beribu setiap minggu pun sempat diucapkan.
ReplyDeletesentiasalah ingat pada pencipta kita Allah S.W.T.....cinta yg utama
ReplyDeletebetul..setuju ngn entry ni..
ReplyDeletehttp://nazira-mypersonallife.blogspot.com/
setuju jugak,kadang2 kemewahan dan kesenangan tu melalaikan kita.
ReplyDeletenice sharing..
ReplyDeleteinsafi diri