Rindu itu Bukan Milikku
Monday, May 07, 2012
Angin malam bertiup lembut melalui celahan tingkap yg tidak tertutup kemas, membelai wajah Danial yg sedang membelek-belek buku karangan Fathi Yakan. "Apa Ertinya Aku Menganut Islam", sebuah buku yg dihadiahkan oleh sahabat karibnya.
Dikala mencari hakikat sebenar tentang erti sebuah kehidupan, Danial berazam untuk menjadi seorang manusia yg lebih baik. Detik-detik hitam dalam hidupnya cuba untuk dilupakan. Taubat, itulah satu-satunya jalan yg mampu menyelamatkan hidupnya.
Sedang dia merenung jauh keluar tingkap biliknya, lamunannya diganggu oleh deringan htc miliknya. Melihat nama yg terpapar di skrin telefonnya, berat untuk dia menjawab panggilan tersebut. Bukan kerana takut kepada insan tersebut, tapi dia risau jikalau hati nya tiba-tiba berpaling semula kepada memori lalu yg telah memusnahkan hakikat sebuah cinta yg dia miliki.
Danial mengambil keputusan, cuba untuk tidak mengendahkan panggilan itu.
Namun, apabila telefonnya masih berdering untuk beberapa kali. Dia akhirnya terpaksa menguatkan dirinya untuk menjawab panggilan tersebut.
Danial : Assalamualaikum... Amanda ke ?
Dengan suara yg teresak-esak, Amanda menjawab sapaan tersebut.
Amanda : waalaikumsalam, hurm Danial... ini Amanda...
Mendengar suara Amanda, tiba-tiba Danial menjadi sebak. Namun dia masih cuba untuk melawan perasaannya itu.
Amanda : Danial, saya rindukan awak.
Danial : Tapi Amanda, kita kan xde ape-ape.
Amanda : Tapi dulu...
Belum sempat Amanda menghabiskan kata-katanya, Danial mencelah.
Danial : Amanda, tu dulu. Dulu saya silap, saya lihat dunia dengan nafsu. Saya silap menilai erti cinta. Saya silap kerana turut libatkan awak dalam fitnah dunia ni.
Amanda : hurm.. (dengan nada suaranya yg menunjukkan rasa kecewa.)
Danial : Amanda, apa yg berlaku antara kita dulu adalah satu kesilapan. Mungkin masa tu syaitan berjaya rosakkan hati saya. Syaitan berjaya tipu kita dengan keindahan dunia ni.
Amanda : Tapi Danial, saya masih sayangkan awak. Saya rindukan Awak !
Danial : Percayalah, saya bukanlah insan yg layak untuk awak cintai.
Amanda : ...
Danial : Amanda, kenapa awak masih rindukan saya ?
Amanda : Awak dah bagi saya kebahagiaan, awak pernah buat saya gembira. dan awak pernah sayangkan saya..
Danial : Hurm.. mungkin saya pernah bahagiakan awak , saya pernah buat awak gembira. Tapi awak kne ingat, perasaan gembira tu bukan saya yg bagi. Tapi Allah yg bagi.. Dia ciptakan perasaan gembira, supaya awak gembira bila dilahirkan sebagai insan yg sempurna, dan DIA nk awak bersyukur kepada-NYA. Dia ciptakan perasaan sayang, supaya awak sayang kepada-NYA , awak sayang pada agama-NYA, dan awak sayang kepada diri awak sendiri.
Amanda : Tapi saya x mampu hidup tanpa orang yg sayang saya.
Danial : Amanda, awak tau tak, sebenarnya awak mampu hidup tanpa orang yg sayangkan awak. Tapi awak takkan mampu hidup tanpa ALLAH yg sayangkan awak. DIA ciptakan oksigen untuk awak, DIA berikan akal untuk awak, DIA berikan rupa yg cantik, DIA ciptakan badan yg sihat. Dan sehingga saat ini, Allah masih berikan nafas untuk awak..
Amanda : ...
Danial : Apa yg saya pernah bagi kat awak adalah sangat tak bernilai kalau nk dibandingkan dengan ape yg telah Allah bagi kat awak Amanda.. Dan yg paling penting, Allah ciptakan perasaan rindu tu, bukanlah untuk awak rindu kat saya, tapi untuk awak rindu kan DIA.. Sebenarnya, Allah sangat rindu untuk mendengar hambanya meminta kepadanya.. rindu tangisan hamba-hambanya di kala manusia lain sedang beradu.. dan Allah sangat rindu hambanya membaca surat cinta yg telah dia kirimkan untuk kita..
Amanda : maafkan saya Danial....
Danial : Dalam dunia ni, semua manusia akan melakukan kesilapan, tapi yg membezakan mereka adalah bagaimana mereka mengelak dari mengulangi kesilapan yg sama. Amanda, masih ada ruang untuk kita mencari hakikat cinta yg sebenar. Dan perasaan Rindu yg ada pada awak tu adalah milik Allah. yang paling penting..DIA tengah tunggu awak rindu pada DIA Amanda... :')
--------------------- ######### ---------------------
Assalamualaikum...
Sory sebab lambat bagi salam. Sebenarnya aku bukanlan seorang penulis novel, tapi minat bace novel tu ade la sikit-sikit. So, untuk entry kali ni. tu lah hasilnya. Aku cuba untuk sampaikan point aku kali ni dalam bentuk cerita.. tapi tak tau la sampai ke tak. then, korang nilai la sendiri.
Kesimpulan dari cerita ni ialah perasaan rindu yg Allah ciptakan itu sebenarnya bukanlah milik manusia, tapi ia milik ALLAH . Kalau dah berjaya rindu pada Allah, baru lah boleh rindu pada manusia.
Sekian.
-Tq sudi baca, sebarang komen tentang penulisan aku sangatlah dialu-alukan.
-kalau rasa entry ni bermanfaat bolehlah share. insyaAllah same-same dapat kebaikannya :)
3 comments
saya baca dari atas sampai habis,bagus cara penulisan awk..:)
ReplyDeletePC, kalau online. bagtau tau. nak tuntut hadiah contest ni. huhu.
ReplyDeletehoho!! saya kagum dengan penulisan awak, en. pejuang. awak sangat berbakat.... jgan lupa bertandang ke blog saya- -- aku ada tulis pasal ko dlm blog aku.. haha.. penat aku kutuk ko... datang la ye----ara comel
ReplyDelete