Ikan

Monday, March 11, 2013

Assalamualaikum...

Semalam aku balik dari cfs , first time pulang ke rumah sejak masuk sem baru. Rindu. Memori. Kenangan. Segalanya.

Tak kisah lah, tapi semalam aku sampai lewat malam lah jugak. Dijadikan cerita sampai-sampai terus cari makanan. lapar lah katakan . tengah hari makan KFC je. mmg tak kenyang lah. 



Sampai je dapur, ikan masak sambal. Dah lama tak makan masakan umi aku. Then masa tengah makan, aku realize yg aku dah lama tak makan ikan sebenarnya. Kalau kat KL tu, mana nk jumpa ikan segar-segar . semuanya ikan kotak .

Dulu

Teringat lagi masa dulu, masa kecik-kecik , mengeluh sebb asik makan ikan je . nk makan ayam jarang jarang. Masa dulu ayam kan agak mahal. Tapi sekarang, bila dah lama tak makan ikan, bersyukurnya rasa.


Kesimpulan

Yang aku cuba untuk sampaikan kat sini adalah kadang kadang kita rasa benda yg ada kat sekeliling kita tak penting, tak istimewa. Tapi bila kita ada kat tempat lain, tempat yg lebih teruk, baru kesedaran untuk menghargai tu datang.

Ada benda yg mungkin belum terlewat untuk kita mula menghargai. dan ada benda yg kita dah tak de peluang untuk hargainya. Peluang tak datang berulang kali. Sekali ia datang, hargailah.



*dan sekarang aku tengah menghargai masa cuti aku. happy holiday :)


Sekian.



You Might Also Like

1 comments

  1. hm itu la yg dirasai bila duk belajar luar negara,,,rasa rindu dgn makanan malaysia ,,sekecil2 mkanan malaysia pun bole rasa ngidam sangat2

    ReplyDelete

Flickr Images