Penyakit
Monday, April 08, 2013
Assalamualaikum
Pertamanya, ingin aku ucapkan tahniah kepada sahabatku Ajwad Amal sebb dah berjaya terbikan buku pertama beliau. Walaupon beliau lebih muda dari aku, namun usaha dia dalam bidang penulisan jauh lebih mengagumkan kalau nk dibandingkan dengan aku . Ape ape pon tahniah Ajwad . Kalau korang student CFS IIUM, boleh contact Ajwad sendiri untuk dapatkan buku ni. @AjwadAmal
Topik yg aku nk bicarakan kali ni adalah berkaitan dengan satu jenis penyakit yg melanda umat islam akhir zaman ni.
Laman Sosial
Bila bercakap pasal masalah umat akhir zaman, kebanyakan puncanya adalah dari laman sosial. Sekarang ni kat mana mana je orang guna laman sosial. Makin lama makin maju. Tak dinafikan sebab aku sendiri pon guna blackberry. kalau twitter tu mmg 24jam online.
Yang menjadi masalah ialah bila timbul perasaan nk post, atau nk tweet segala bende yg kita buat termasuklah perkara perkara kebaikan. Dan kadang kadang apa yg kita post atau tweet tu lah yg menjadi penyakit dalam diri kita.
Penyakit yg aku maksudkan adalah riak . Aku bagi contoh, satu hari tu korang puasa sunnat dan korang tweet la, "hmm hari ni puasa. nak berbuka ape ea hari ni?". Maka cuba korang buktikan yg saat tu perasaan riak tak wujud dalam diri korang . Salah satu tujuan kita tweet mestilah nk bagi tau orang kan ? Maka bila kita bagi tau orang, datanglah perasaan riak tersebut.
Pujian
Riak mungkin tak macam penyakit lain yg kita boleh nampak. Riak ni bahaya sebab ia datang selepas kita buat satu kebaikan. timbul hasutan dari syaitan supaya kita hebahkan kepada orang lain yg kita dah buat satu kebaikan. Kerana fitrahnya manusia itu suka pada Pujian .
"Awak puasa ke hari ni ? bagusnya".
"Wah rajinnya awak solat kat masjid".
"Boleh jadi anak soleh awak ni".
Bukan lah aku nk kata pujian ni tak bagus cuma, bila kita buat sesuatu lepas tu kalau dipuji, perasaan riak tu mudah je nk datang.
Kesimpulan
Yang cuba aku sampaikan dalam post kali ni adalah, bila kita buat satu kebaikan, dan tak nampak keperluan untuk dihebahkan, biarlah amalan tu antara kita dan Allah. Tak perlu post. tak perlu tweet. Tak perlu hebahan. Ikhlaskan hati beramal semata-mata kerana Allah. Cukuplah mendapat pujian dari para malaikat dan reda dari Allah.
Sekian.
*p/s : kadang kadang diri ini juga sering kali terlalai . Sama-sama muhasabah.
0 comments