Nasihat
Friday, March 16, 2012Assalamualaikum...
Siapapun kita, sebesar mana pangkat kita, setinggi mana ilmu kita, sebanyak mana harta kita, kita tetap ada satu persamaan dengan manusia yg lain, iaitu kita hidup diatas dunia yg sama.
Sebenarnya, dah lama aku tak menulis, so, rasa kekok pulak bila nk menaip semula. Tak kisah la, yg pentaing aku nk cuba jugak untuk tulis ape yg dah lame aku nk sampaikan kat korang. Berbalik kepada tajuk, "Nasihat" adalah satu komponen yg sangat penting dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim.
Bila disebut "Manusia" ia merujuk kepada satu makhluk yg sangat mudah lupa, terlupa, atau sengaja melupakan. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. Kadangkala manusia sering lupa kepada pencipta, lupa pada tanggungjawabnya dan lupa terhadap tujuan asal diciptakan diatas muka bumi ini.
Ia bukanlah sesuatu yg pelik, mungkin disebabkan mereka sering alpa dan leka terhadap kenikmatan dunia, menyebabkan mereka mudah lupa pada kehidupan abadi yg akan mendatang. Sikap mudah lupa inilah yg menyebabkan setiap insan tidak lari dari melakukan kesilapan.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda : mafhumnya, apabila kita melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah kita mencegahnya dengan tangan (kuasa), lidah (nasihat), atau hati. dan hati itu adalah selemah-lemah iman.
Disebabkan manusia ini pelupa, maka teguran dan nasihat itu sangat penting untuk mengingatkan mereka semula kepada islam yg merupakan cara hidup yg sebenar.
Nasihat dan Hati
Tidak dinafikan, setiap insan yg melakukan kesilapan perlu kita berikan teguran kepada mereka. Menegur itu adalah satu ibadah, tapi ia boleh juga menjadi satu dosa. Iaitu apabila menegur tanpa adab yg betul. Ramai orang yg boleh tegur orang lain, tapi tak ramai yg pandai tegur dengan cara yg betul.
Ada orang tegur orang lain, tapi dalam masa yg sama dia pon buat perkara tersebut.
Ada orang tegur orang lain, tapi dalam masa yg sama dia maki hamun orang tu.
Ada orang tegur orang lain, tapi dalam masa yg sama dia ada niat nk malukan orang tu.
Apabila kita nk tegur orang, kita sebenarnya perlu menegur dengan cara yg sangat-sangat dan sangat sopan. ini kerana, setiap insan yg lahir diatas dunia ini diciptakan "Hati dan Perasaan" dalam diri mereka.
Menegur orang, tapi dalam masa yg sama, kita tidak menjaga hati manusia yg lain, itu adalah satu kesalahan !
Sebenarnya, once kita dah tegur orang, kita takkan dipersoalkan lagi kat akhirat nnt sekalipun kalau mereka masih melakukan kemungkaran tersebut. Sebab bende tu urusan dia dengan Allah, lagi pon kita mmg tak kan boleh ubah orang lain kalau diorang sendiri taknak ubah diri diorang.
sifir mudah :
Kita dah tegur orang , kita dapat pahala.
Tapi kalau kita tambah maki kat diorang pulak, kita dapat dosa.
See ???
Kesimpulan
Kesimpulannya, manusia ini mmg pelupa, dan semua manusia melakukan kesilapan. Then, bila ada orang buat salah, kita bertanggungjawab untuk tegur. Tapi bila menegur biarlah berhemah. Dan yg paling penting, jangan sesekali menegur untuk memalukan mereka, menegur dengan maki hamun, dan menegur dengan menyakitkan hati manusia yg lain...
Orang Buat Salah > Kita Tegur = Betul
Orang Buat Salah > KIta Maki = Salah
Akhir kata, hormatilah sesama kita kerana hakikatnya kita hidup diatas dunia yg sama :-)
Sekian...
*Terima kasih kepada korang yg sudi singgah and bace entry aku
*Entry kali ni memang khas untuk budak2 kampus aku, CFS iium Petaling Jaya.
* Rajin2 la datang Blog aku lain kali :)
2 comments
puas hati baca.. straight to de point.. thanx egtkan tika lupa
ReplyDeletecantek la blog ni.simple + mesra pembaca. sejuk ja mata. like like. :)
ReplyDelete