Salam Ramadhan.

Friday, July 20, 2012


Assalamualaikum...

Sudah agak lama aku menyepi dari dunia blogger, bukan tak rindu, cuma jarang sangat aku berkesempatan untuk menulis kembali. Disibukkan dengan hal- hal duniawi . Sejak diberi tanggungjawab untuk jadi president kelab ni, maaf la busy memanjang. 

Untuk makluman budak-budak cfs iium petaling jaya, 30 July ni club aku ada buat Majlis iftar bersama Hilal asyraf. tiket boleh beli minggu depan. lambat habis.


Pejam celik, kita dah pun bertemu dengan Ramadhan sekali lagi, bersyukurlah masih diberi peluang untuk bernafas dalam bulan yg penuh keberkatan ini. Agak-agak la, adakah kita akan berkesempatan untuk sambut ramadhan lagi tahun depan?

Anggaplah ramadhan kali ini adalah peluang keemasan yg kita tidak pasti adakah ia akan datang lagi lepas ini. Oleh itu , jadikanlah ramadhan ini ramadhan yg terbaik dalam hidup kita. Perbanyakkan ibadah dan jauhi perkara yg boleh mengurangkan pahala puasa.

Kempen : Senyum Sepanjang Ramadhan !

Mungkin masa tengah berpuasa, agak susah untuk kita buat amalan2 yg berat-berat. So, hari ni aku nk melancarkan kempen senyum sepanjang ramadhan. Senyum adalah sedekah yg paling mudah. Ape kate korang cuba amalkan. senang dan tak susah dan simple.


Bila jumpa orang kita senyum, bila jumpa cikgu kita senyum, bila nmpk pak gad pon kita senyum. Kalau ikot perkiraan aku, takkan habis punya tenaga kita pada hari-hari puasa kalau kita senyum sepanjang hari.

Walaupun senyum ni nmpk macam perkara yg remeh, tapi sebenarnya senyum boleh menceriakan orang di sekeliling kita. ye la masing2 tengah lapar kan, tapi kalau ada yg sudi melemparkan senyuman. mungkin hilang la sikit kelaparan tu :D


Malahan, cuba bayangkan kalau sehari korang senyum pada 10 orang, cukup sebulan, banyak la jugak income pahala yg korang boleh dapat. InsyaAllah.

Salam Ramadhan

Hajat di hati nk menulis panjang lagi, tapi macam tak cukup masa la pulak. Jadi dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua kawan, sahabat, teman, dan seluruh umat islam kat dunia ni.

Ada kelapangan, aku menulis lagi. Jangan lupa untuk "Senyum" :D

Sekian.





You Might Also Like

2 comments

  1. malu la nak senyum sentiasa, nnt org terpikat....kui3~

    selamat menyambut ramadhan adik lutfi =p..kehkehkeh...

    ReplyDelete

Flickr Images