Hey Awak, Itupun Aurat lah !

Wednesday, September 05, 2012

Assalamualaikum..

Wanita dan Aurat 

Bila bercakap soal aurat, tidak lari dari dikaitkan dengan kaum hawa. Bukan kerana kaum adam ni tak ada aurat, cuma aurat lelaki lebih mudah dijaga. Aurat bagi kaum hawa sebenarnya bukanlah satu bebanan untuk meraka. Sebaliknya kerana begitu sayangnya Allah pada kaum hawa ini, maka Allah mensyariatkannya untuk mengangkat maruah mereka. Bagi aku, mungkin kerana mereka begitu berharga. 




Aurat bagi seorang wanita secara amnya adalah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan sampai ke hujung jari. Rasanya tak perlu aku hurai panjang pasal aurat wanita sebab semua pon dah tau kan. Kalau nk lebih detail boleh bukak link kat bawah ni ;


Itu Pun Aurat lah 

Yang menjadi masalah adalah sesetengah wanita muslim yg masih keliru berkaitan Aurat mereka sendiri. Mungkin kerana terlalu mengikut trend semasa sehingga pemakaian mereka tidak lagi mengikut apa yg diajarkan oleh islam.



Antara kesalahan yg jelas adalah, memakai lengan pendek ataupun melipat lengan baju sehingga menampakkan kawasan diatas pegelangan tangan. Then, tidak memakai sarung kaki. Mungkin ramai yg tak amik peduli pasal ni, tapi ingatlah wahai wanita, aurat tetap aurat.




Dan part yg paling penting sekali adalah bahagian dada yg tak ditutup dengan sempurna. Mungkin bahasa aku agak kasar, tapi itulah hakikatnya. secara saintifiknya lelaki diciptakan dengan imaginasi yg jauh lebih hebat dari wanita. Sebab tu la aku cakap part ni paling2 perlu ditutup dengan sempurna. Bantulah kaum Adam menjaga nafsu mereka.


Kesimpulan

Alang-alang menutup aurat biarlah sempurna. Islam itu bukanlah agama yg menyusahkan, tapi agama yg begitu sempurna. Imbas kembali dizaman Rasullullah, bagaimana pada mulanya kaum hawa ditindas, dan diperlakukan seperti hamba pada zaman Jahiliah. Kemudian Baginda datang mengangkat martabat dan maruah kuam Hawa. 




Sebaliknya, apa yg sedang berlaku sekarang ? Ketika islam mengajar mereka untuk menjaga maruah mereka. Tapi mereka sendiri memilih untuk merendahkan maruah mereka. Sekdar renungan bersama, Ingatlah Allah itu sayang pada umatnya yg sayang pada dirinya sendiri.

Sekian.


*Terima kasih masih sudi membaca karya aku. Ada mase aku update lagi. Salam

You Might Also Like

8 comments

  1. hikhik...ok pasni pakai stoking..BL kejap bkk kejap pakai...urmm urmm...

    ReplyDelete
  2. ya, dulu mas pun terlepas pandang aurat kaki. lepas dah bertunang, tunang mas tegur supaya pakai sarung kaki sbb kaki tu aurat. alhmdulillah sikit2 berubah demi maruah diri ;)

    ReplyDelete
  3. Insyallah. aurat dijaga, maruah terpelihara =D

    ReplyDelete
  4. betol2..*angguk kepala byk2 kali..xD

    btw,kalau jubah lagi sedih..kalau dulu biasa jubah dipakai org2 y agak alim..p skg jubah tu jd trend je..jubah pun seksi..xD

    ReplyDelete
  5. nice entry, blog :) sgt berhikmah .. hehe

    ReplyDelete