Show them

Monday, January 06, 2014

Assalamualaikum

Tergerak hati untuk menulis tentang salah satu peribadi yg patut ada pada orang islam dekat zaman harga barang naik ni. Ok, sebenarnya tak ada kene mengena pon dengan harga barang, tapi sifat ni sepatutnya ada pada muslim zaman sekarang ni. 

Sifat ape yg aku maksudkan tu? Sesetengah manusia suka berbuat baik, tak dapat dinafikan. Tapi ade sesetengah yg hanya buat baik bila orang dah buat baik pada mereka dulu. Mungkin dalam fikiran mereka, seseorang tu "tidak" baik, melainkan mereka dah buat sesuatu yg baik kepada diorang. 


Persoalannya, kenapa nak tunggu orang lain buat baik kat kita dulu baru kita nk balas kebaikan dia? Mulia sangat ke diri kita sampai tak boleh nk mulakan kebaikan dulu? Berbalik kepada cara rasulullah berdakwah, bila dilakukan kejahatan kepadanya, baginda membalas dengan kebaikan. 

Mungkin kita tak sampai level pemurah macam tu sekali, tapi sekurang kurangnya bila nk buat satu kebaikan tu tak perlu lah nk tunggu orang lain mula dulu. Kadang2 tu dalam LRT, nmpak orang tua masuk je, terus buat buat tido, mengharapkan orang lain untuk bg seat. 


Kesimpulan

Cuba bayangkan kalau semua orang tunggu orang lain untuk berbuat baik dulu baru dia nak follow, sampai bila x kan ade orang yg buat baik. Tapi kalau kita sebagai orang yg sedar bende ni, tunjuk kan kat diorang dulu, aku percaya masyarakat akan jadi lebih baik. Walaupon harga barang tetap naik. Ok, sori tak ada kaitan. Sekian.





You Might Also Like

1 comments

  1. ceritanya sekarang. lutfi selalu buat baik dgn aku tanpa meminta balasan. hihi ~si Cantik

    ReplyDelete

Flickr Images