#1 Memori

Wednesday, April 02, 2014

Assalamualaikum...

Dengan lafaz bismillah, dengan nama Allah aku mulakan bicara. Melihat jarum jam berdetik, yg lepas aku rasakan telah meninggalkan aku terlalu jauh dan yg dihadapan kulihat, tapi masih jua masih tak kelihatan.

Masa berlalu begitu pantas, walaupun aku rasakan jauh tetapi hakikatnya terlalu dekat untuk digapai didasar ingatan. Sedang bermain di antara kerdipan mata. Terasa seperti semalam adalah hari pertama aku melangkah ke alam persekolahan. Berbaju baru. Cuaca pula tidak begitu bahagia. Sayu. Kadang kala mendung kadangkala hujan. Ayah menghantar aku dengan kereta proton saganya. Kekal. Masih disitu. Dalam ingatanku.



Kini, aku menulis dihadapan komputer riba yg dihadiahkan ibuku. Melihat diriku yang sudah menghampiri usia muda. Segalanya kurasa seperti begitu pantas berlalu. Sepanjang perjalanan ini, terlalu banyak keputusan yg aku lakukan. terlalu banyak penyesalan. Tapi aku tidak miliki kuasa tuhan untuk mengubahnya semula. Melihat kehadapan. Masih banyak keputusan aku akan lalui. Mengharap kesilapan lalu mampu mematangkan.

Berhati hati. Aku perlu berhati hati. Kalau tidak hati yg terpaksa disakiti lagi. Mencari jalan. Jujurnya aku masih keliru pada tujuan. Masa hadapan. Memandang ke belakang kadangkala terpaksa. Mencari momentum untuk terus kehadapan.

Azan berkumandang . terpaksa pergi meninggalkan urusan dunia ini.


2042
2nd April  

Sekian.



You Might Also Like

0 comments

Flickr Images