Banjir dan Exam

Monday, December 29, 2014


AMARAN: Sekiranya anda merupakan pelajar yg beriman kepada CGPA, boleh abaikan entry ini

Assalamualaikum...

Cuaca tak menentu. Hujan. Banjir. Hati risaukan keadaan orang kat luar sana. Tapi keadaan mendesak untuk terus fokus pada study. Kadang aku mempersoal kenapa musim banjir nk sama dengan musim peperiksaan. Tak boleh ke tunggu lepas aku exam dulu. Tapi itulah perancangan Allah dan kita hanya hamba. Mungkin yang ditimpa musibah itu bukan ahli keluarga aku, tapi aku tau mereka perlukan bantuan.


Pada aku, tahun ni ujian yg datang sangat hebat. Lain orang, lain perjalanan hidup. Nak uruskan masa untuk study, keluar kepada masyarakat, dan family bukan bende mudah. Orang persoalkan:
" Kenapa kau ni musim exam pon nk tolong orang kat luar sana, tanggungjawab utama kau kat sini adalah belajar. Jadi belajar je lah. "
Memanglah belajar tu tanggungjawab utama kat sini, tapi pernah tak kau fikir, antara soalan yg akan ditanya dekat akhirat nanti adalah ape yang kau buat dengan masa muda kau, masa kau tengah sihat, badan penuh daya. 

Kalau aku bagi jawapan;
"Masa muda aku dihabiskan dengan duduk kat meja study, pegang buku, study untuk masa depan yang cemerlang dan gemilang."

Aku takut, jawapan tu tak mampu melayakkan aku untuk masuk dalam syurga. Masa muda ni lah kau nk bantu agama. Banyak cara, bukan hanya dengan study je. Ramai student berpendapat, kita study je lah dulu, nanti dah dapat kerje bagus-bagus, baru kita turun pada masyarakat. Well, kalau masa kau student ni kau hanya tahu fight untuk CGPA kau je, kau rasa dah kerje nnt boleh ke kau korbankan masa kau untuk masyarakat? 

Jujurnya selama ni aku bukan budak pandai sangat pon, bukan budak sbp bukan budak mrsm. Sekolah biasa biasa je. Tapi bila masuk bab akedemik, aku cuba seimbangkan masa study dengan society. Sebab aku yakin, keputusan exam, CGPA segala bagai tu, semunya Allah yg tentukan. Tak rugi pon tolong agama sebab selagi mana kita membantu agama Allah, Allah akan permudahkan jalan untuk kita. Yakin. 

Cuma akhir-akhir ni, ya mungkin aku lebih banyak pada masyarakat berbanding study. haha. Perlu belajar lagi dengan abang abang usrah yg hebat hebat macam mana diorang bahagi masa.
Jadi student university tak sama dengan student sekolah, kalau kat university ni kau tak mula menyumbang pada masyarakat, jangan harap lepas ni kau boleh senang senang nk yakin kan diri kau untuk korban duit, masa dan kerjaya untuk fikir pasal orang lain


Kesimpulan

Perancangan Allah, musim banjir kali ni berlaku betul-betul sama dengan musim peperiksaan. Kalau kau tanya aku;

"Perlu ke turun tolong orang banjir sedangkan tengah musim exam?"
Jawapan dia ada pada diri kau, sejauh mana kau sanggup korabankan sesuatu untuk orang lain. Sejauh mana kau yakin bahawa membantu orang lain akan memudahkan jalan untuk kau nanti. Dan sejauh mana kau melihat menjalankan tanggungjawab khalifah itu lebih penting dari sekadar buat sesuatu untuk diri kau sendiri. Akhir kata, tak rugi korbankan sedikit kepentingan kita untuk turun dan bantu orang lain.

Sekian



You Might Also Like

1 comments