I miss you. a lot

Wednesday, December 24, 2014

Assalamualaikum..

Kadang kadang aku rasa bila setiap kali nak menulis, mesti akan rasa tak mampu untuk teruskan kata kata aku. Setiap kali nk menulis, mesti kalau boleh nak ayat yg tersusun, berima, bombastik. Sampai adakalanya terpaksa untuk tidak menulis sebab tak mampu nk susun ayat cantik cantik. Selalu. Taip separuh entry dah, tapi akhirnya simpan je entry tu dalam "draft". Berkurun.




Sungguh aku merindui saat saat aku menjadi seorang penulis, berkongsi apa yg ada diminda melalui penulisan. Cuma sekarang, masa, bebanan, tanggungjawab, semuanya menjadi penghalang. Mungkin silap aku sendiri tak pandai nk uruskan masa dengan semua benda yg datang sedebuk atas muka. 


Jujurnya sangat merindui kawan kawan dari "Blogger Chat Room". Kita tak sangka boleh dapat kawan yang boleh digelar sahabat dengan hanya menulis. Zaman CFS di PJ banyak meninggalkan memori aku bersama mereka. Datang dari mana pon aku tak tau. End up aku selalu keluar berkongsi cerita dengan mereka. 




Aku tak boleh deny yang blog ni pernah jadi penyeri hidup aku satu masa dulu. Dan sekarang aku rasa nk kembali untuk menulis. Mungkin sekarang dah tak de follower, dan takde reader. Well, terpaksalah aku start dari mula kan. Jauh dalam sudut hati aku, untuk kembali menulis. 

Aku ada cita cita untuk kumpulkan komuniti blogger dari uia terutamanya kampus kuantan ni. Berkenalan, berkongsi idea, gathering dan lepak sekali. So, kalau ade mana mana blogger yg dari uia kuantan, boleh lah komen kat post ni. 

Yang merindui, Sekian. 

You Might Also Like

0 comments