Sebab

Monday, February 22, 2016

Aku perlukan sebab untuk kembali menulis. Mungkin sebab itu akan datang dari diri aku sendiri. Mungkin juga sebab itu perlu datang dari insan yg sangat dekat dengan aku. Mungkin juga sebab itu boleh datang dari seorang "Stranger" yg aku tak pernah bertemu sepanjang hayat aku.


Kewujudan media sosial seperti facebook dan twiiter telah mendominasi "area" penulisan sehingga begitu sukar untuk manusia kembali berkongsi melalui penulsan di blog peribadi. Dan aku antara mangsanya.

Sekali aku berhenti menulis, terlalu sukar untuk kembali mengumpul "momentum" untuk terus menulis. Aku harapkan SEBAB itu akan datang kepada aku. Kerana betapa aku merindui menjadi seorang penulis.

You Might Also Like

0 comments