Kawan

Saturday, January 21, 2012

Assalamualaikum...

Pertamanya .. aku tersangat-sangat rindu kat blog aku ! pehhh dah berhabuk lame x update .. since aku register masuk Cfs untuk sem yg ke-2 ni.. tros tak terusik blog aku.. Hanya disebabkan x de internet .. ni pon aku g curi wifi member aku yg bernama Afif Aizat ( terima kasih kepada beliau ^.^ )

Berbalik kepada tajuk.. hari ni, aku nk menulis pandangan aku tentang " Kawan ".




Setiap orang ada pendapat sendiri dalam memilih kawan.. Oleh itu, mungkin tak semua yg akan setuju dengan ape yg bakal aku tulis ni ..

Kat dunia ni .. antara orang yg paling banyak mempengaruhi hidup kita adalah "kawan". Dan antara pandangan yg selalu kita dengar tentang "Kawan" ialah :

"Nak cari kawan, cari la yg baik-baik"

"Jangan kawan dengan budak isap rokok, nanti kita pon dapat baunya"

"Budak tu suka buat kes kat sekolah, ko tak payah la kawan dengan dia"




Jangan Berkawan Dengan Orang yang Kurang Baik ?

Bila sebut soal "mencari kawan", mesti ramai akan mencuba untuk tidak mendekati golongan-golongan yg dianggap "kurang baik" .. apatah lagi untuk cuba mendekati mereka... Yela.. semua orang nk kawan dengan orang yg baik je...

Tapi.. cuba korang bayangkan.. kalau yg baik hanya berkawan dengan yg baik.. dan yg jahat pula.. terus dibiarkan dengan kehidupan jahat mereka ... Apa yg akan jadi dengan Manusia kat muka bumi ni.. Dan adakah ini yg diajar oleh agama Islam ?


"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya." 
- Ali Imran : 104 - 

Apa yg aku cuba untuk sampaikan kat sini ialah ... Kita tak sepatutnya mengabaikan golongan-golongan yg "Kurang Baik" yg wujud kat sekeliling kita ... Mungkin golongan "kurang baik" tu sebenarnya mempunyai masalah , dan merasakan tak de orang peduli tentang mereka .. sebab tu mereka jadi macam tu ...

Sebaliknya berkawanlah dengan semua . tak kisah la dia tu baik / kurang baik / kaya / kurang kaya / lawa / kurang lawa dan sewaktu dengannya... 




Kawan dengan Orang Jahat, kita pon Jadi Jahat ?

Bila aku cakap, aku suruh kawan dengan semua orang, tak kira jahat atau baik.. maka akan wujud persoalan ini..  Betul ke kalau kita kawan dengan orang yg "kurang baik", kita juga kan jadi "kurang baik" ?

Jawpannya ada pada diri kita sendiri .. bila kita berkawan dengan orang yg "kurang baik" kita tak perlu ikut cara mereka.. sebaliknya pengaruhilah diri mereka supaya menjadi seorang yg lebih baik..

Dan yg paling penting .. dekati mereka dan sentiasa meringankan mulut untuk saling menasihati.




Kesimpulan

Jangan Terlalu memilih dalam mencari kawan ...
Berkawanlah dengan semua orang.. Tapi contohi hanya yg baik ...
Jangan Terpengaruh dengan yg kurang baik.. 
Tapi pengaruhilah mereka supaya menjadi lebih baik ..

Dunia Akan Lebih Aman Tanpa Permusuhan !

Sekian.




*Entry agak panjang... Aku ucapkan ribuan terima kasih buat yg sudi membuang masa untuk membaca entry aku ni xD



You Might Also Like

5 comments

  1. Huiyoh, betul betul betul!

    Well said! ^_^

    Jom jom! Siapa nak berkawan ngn aku? heheh

    ReplyDelete
  2. betul. tepat skali. lame mghilang? entri spesel dh bace ke belum? huhu.

    http://farizafairuz.blogspot.com/2012/01/hadiah-tahun-baru-2012-dari-pc-shafiqah.html

    ReplyDelete
  3. berkawan dengan org jahat tu lah time kite nk tarbiyah die :) ble lagi kan ~ tapi kta kene kuatkan diri~

    ReplyDelete
  4. kadang-kadang orang yang jahat ini lagi baik dari kita jika kita mengenali mereka.. :D

    ReplyDelete
  5. betul! betul! stuju sgt! kalau nak berkawan dgn yg "kurang baik", kita kne kuat kan diri kita. jgn kita pulak yg terpengaruh dgn dia sudah la... :D

    terbaik entry ni..

    ReplyDelete

Flickr Images