Senyumlah Pada Alam

Wednesday, November 07, 2012

Assalamualaikum...

Aku pernah terfikir, boleh tak kita hidup tanpa alam, tanpa pokok, tanpa haiwan, dan tanpa hidupan lain kat dunia ni ? Kita perlukan makanan, udara, dan tempat tinggal. Dan semua keperluan itu datangnya dari kehidupan lain di muka bumi ini. 



Allah tidak ciptakan sesuatu tanpa sebab, sebaliknya alam yg telah diciptakannya adalah begitu sempurna untuk melengkapi kehidupan manusia. oksigen yg dihasilkan oleh pokok digunakan oleh manusia, sebaliknya karbon dioksida yg dihembus manusia kembali digunakan oleh pokok. Contoh yg mudah untuk difahami. Sebenarnya banyak lagi bukti yg menunjukkan betapa harmoninya Alam ini telah diciptakan.



Namun, dewasa ini manusia sudah lupa bahawa alam sekitar adalah satu amanah. Merosakkan flora dan fauna, meningkatkan kadar pencemaran sudah menjadi kebiasaan bg manusia. Allah menjadikan manusia sebagai khalifah, tetapi manusia sendiri yg membawa kerosakan pada dunia. 

Bukanlah aku maksudkan semua manusia bersikap sedemikian, tapi boleh aku katakan majoriti daripadanya. Oleh itu, aku nk ajak semua yg sudi membaca blog ni untuk sama-sama selamatkan alam sekitar. 

Banyak langkah2 kecil yg boleh kita lakukan untuk memberi impak yg besar untuk mengurangkan pencemaran. Antaranya ;



  • Kurangkan penggunaan plastik 
  • Jangan musnahkan pokok tanpa keperluan
  • Matikan peralatan letrik kalau tak digunakan.


Kat atas ni hanya contoh, dan sebenarnya banyak lagi yg boleh kita lakukan untuk selamatkan bumi. Mungkin ramai yg tak amik peduli pasal bende ni, tapi semakin hari cuaca semakin panas. udara semakin kotor. kalau korang tak sedar bende ni. tak mustahil satu masa nnt, gagak pon tak boleh survive dah kat bumi ni. 

Kesimpulan

Alam itu adalah amanah, dan kita adalah pemegang amanahnya. Berjasa bukan hanya pada manusia, tapi pada seluruh mahkluk yg ada. Dan akhir sekali, "Senyumlah Pada Alam". :D



*atas ni gambar member aku, name sama mcm aku, luthfi. cuma aku lagi hensem.
*Cuba bukak link ni 50 ways to save the environment .


Sekian.






You Might Also Like

2 comments