Terimalah

Friday, November 23, 2012

Assalamualaikum 

Hari jumaat yg sayu. dari malam tadi hujan dan sekarang cuaca mendung je kat sini. Kalau dah mendung tu, biasa la, rasa nk tidur je kan ? Tapi aku bukan nk cakap pasal cuaca atau tidur . Tajuk entry kali ni adalah "Penerimaan".


 Apabila dalam sesutu hubungan atau persahabatan, menerima seseorang itu bukanlah hanya dengan mengkagumi kehebatan atau kelebihan sahaja tapi ia juga termasuk menerima kekurangan mereka.

Tak dapat dinafikan mmg tak ada orang yg sempurna kat dunia ni. Setiap manusia yg lahir ada kekurangannya sendiri. Tapi sebenarnya tak perlu lah nk anggap kekurangan orang lain sebagai modal untuk kita memperlekehkan mereka. 


Aku bagi contoh, biasanya kalau kat sekolah, dalam satu group tu mesti ada sorang yg perangai pelik-pelik. Ada yg asik senyum je memanjang. Ada yg suka menyanyi walaupun suara tak pernah sedap. dan ada yg 24jam tak berhenti bercakap.

Sebenarnya orang mcm ni lah yg mewujudkan suasana harmoni dalam group atau kelas. Cuba bayangkan masakan tanpa garam. walaupun garam tu kalau makan macam tu je, tak sedap pon. Tapi bila ditambah dalam masakan , tak ke masakan tu rasanya harmoni je.


Sebenarnya aku tak berapa suka dengan orang yg terlalu memilih dalam bersahabat. Nak kawan dengan yg cantik2 je, dengan yg hensem2 je . Abis tu nnt orang tak hensem mcm aku ni x de kawan la ? haha.


Kesimpulan

Bila bersahabat, terimalah mereka seadaanya. Anggaplah kekurangan yg ada pada mereka sebagai satu keistimewaan yg tak de pada orang lain. 


Sekian.





You Might Also Like

4 comments

  1. yess...setuju sgt2

    "Apbla anda ingin mngmbl s'org mnjdi teman,maka buatlah dia marah kemudian suruh org b'rtanya kepdnya tentang dirimu & rahsiamu.
    Sekiranya ia m'gatakn yg baik & m'yembunyikn rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat."

    ReplyDelete
  2. malangnye ramai yg spesis memilih skang ni.. dan memilih tu kadang2 perlu..

    ReplyDelete
  3. setujuuu, tapi sekarng yang tak ikhlas tu ramai. pandang harta siap, takde harta kwn lari..=P

    ReplyDelete
  4. besenye org yg suke pilih kawan ni berade dlm linkungan yg same jugak. kawan² die pun mungkin begitu. berkawan utk kepentingan aje. :)

    ReplyDelete