When the heart speak
Monday, December 10, 2012
Assalamualaikum...
Satu ketika dulu... dia hadir dalam hidupku. Mengisi hampir setiap kekosongan dihati. Menjadi teman yg kadang kala menjadi penghibur hati, dan kadang kala menjadi penawar duka. Tempoh perkenalan dengannya bukan sehari dua, malah bertahun lamanya.
Satu ketika dulu... meskipun dia jauh terpisah namun bukan penghalang untuk terus berhubung. Hari hari ku kekal ceria, sepertinya langit cerah tanpa hujan. Cuma kadang kala pelangi datang menambah serinya.
Kini... dia pergi tanpa sebarang nota. Sepi. membuatkanku termenung jauh. Memikirkan nasib hati untuk menempuh hari hari yg mendatang. Semakin hari semakin parah lukanya. Menghitung saat berharap dia kembali.
Pernah... ada yg hadir cuba menganti. Tapi hati tak bisa untuk dipaksa. Bukan aku tidak mencuba. Bahkan terus tidak dapat melupakan dia. Hanya kerana terlanjur memberikan cinta ini kepadanya.
Hari demi hari... meskipun sukar, aku mengajar hati untuk mengenal erti sabar. Hikmah itu ada disetiap ujian. Merelakan pemergian dia perlukan tempoh yg lama. Mungkin lebih lama dari tempoh aku mengenalinya. Namun, untuk melupakan dia, aku tak yakin aku mampu .
Merelakan... tidak bermaksud aku sudah melupakan. Tetapi sedikit demi sedikit aku sedar aku bukanlah Yusuf, aku bukanlah sulaiman. Aku hanya lelaki biasa yg tidak punya apa apa. Sedangkan dia... Sedangkan dialah permata yg tidak lagi aku temui selepas pemergiannya.
Kini... Aku hanya mampu belajar untuk terus menghargai mereka yg masih sudi berkongsi cerita denganku. Meski keriangannya tidak lagi sama. Aku tetap bersyukur. Dan akan aku terus membuat mereka gembira selagi mereka ada.
Kerana... Aku tahu satu masa nanti mereka juga akan pergi seperti dia. Meninggalkan aku. Cuma masanya aku tidak pasti .
Sekian.
1 comments
Assalamualaikum. sbr ye... Allah ada
ReplyDelete