Surat

Saturday, June 08, 2013

Assalamualaikum...

Takde ape yg penting aku nk cakap hari ni, cuma aku terfikir mungkinkah budaya berbalas surat akan pupus. Well, sekarang semuanya dah maju. e-mail. bbm. skype. whatsapp. dan semuanya jauh lebih mudah. Korang pon tau sebab apa surat menyurat ni dah tak laku.



Bagi aku, budaya ni unik. dan kalau kena pada caranya boleh jadi sweet. Haha kadang kadang terfikir bila dah kawin nanti nak hantar surat untuk wife aku setiap hari. hmmm mungkin tak sekerap tu tapi kalau seminggu sekali tu ok jugak lah.



Kadang kadang tak semua bende boleh diluahkan melalui kata kata. Sebab tu perlukan tulisan untuk berbicara. Sekurang-kurangnya andai aku ditakdirkan pergi dulu, adalah jugak bende dia nk tatap bila dia rindu aku nanti. Kalau e-mail or text msg ade ke orang akan simpan? 

Malu untuk mengaku, tapi ya. memang aku pernah main selit surat bawah meja budak pompuan masa sekolah dulu. Masa tu aku tak kenal pon lagi perkataan "crush". Pagi datang sekolah awal dari orang lain, then selit surat yg dah ditulis malam sebelumnya kat bawah meja dia. 



Kalau korang bau surat tu mmg wangi gila ah. siap spray minyak wangi. atau lebih tepat, minyak wangi safi. Aku ingat lagi. Then time balik sekolah, balik lewat sikit, dan usha bawah meja tu takut-takut dapat "reply" dari dia. hahah 

Kesimpulan

Lepas daripada aku dapat reply tu, malas nk cerita kat korang. haha . Tapi point yg aku nk tekankan ialah, pada pendapat aku, surat menyurat ni sesuatu yg unik dan mungkin boleh jadikan sesuatu hubungan tu lebih romantik. So, boleh start main surat menyurat dari sekrang ya. Kalau x de orang untuk start main surat menyurat, boleh PM mintak alamat aku. ehhh . hahahah



Sekian





You Might Also Like

2 comments

  1. Ha...siapkh grngn makmum trsebut?? Hihihi

    ReplyDelete
  2. Kenapa rasa macam kenal je orang yg komen atas ni? haha

    ReplyDelete

Flickr Images