Anak Perempuan atau Lembu ?

Sunday, November 25, 2012



Tersebut sebuah kisah di kedai kopi pak Daniel... Ada lah seorang pakcik ni, nama dia pak Sopi (bukan nama sebenar) datang ke kedai tersebut dan berlaku lah perbualan dibawah ;

Pak Daniel : hei sopi, macam mana ko punya lembu lembu kat kebun tu ? 

Pak Sopi : Hmm ok lah... sihat sihat belake... tu haaa... ade lagi sekor bunting. dua tiga minggu lagi beranak la tu ..

Pak Daniel : Haaa bagus lah, dua tiga tahun akan datang, senang...

Pak Sopi : Ape yg senangnya ?

Pak Daniel : Yela, anak kau tu si sofia dah jadi anak dara, tak lame lagi ade la orang datang meminang. ko kan ada ternak lembu, nnt kalau dah ade jodoh si Sofia tu senang la nk buat kenduri.

Pak Sopi : Oooo ... ke situ pulak dia... Hmmm cakap pasal anak perempuan aku tu, orang selalu dengar orang cakap "nk jaga sorang anak perempuan ni, lagi susah dari jaga sekandang lembu". Tapi bagi aku, jaga lembu lagi susah.

Pak Daniel : Hmmmm ?


Pak Sopi : Cuba ko bayangkan pagi pagi nk kene bagi makan, tengah hari makan lagi. malam lagi... Tu belum kire yg si hitam tu, kalau tak ditambat ... habis kebun orang dibahannya. 

Pak Daniel : Betul jugak ape yg ko cakap tu ...

Pak Sopi : Setakat ni aku jaga si Sofia tu senang je... belajar pon ok budak tu.. tak lame lagi nk habis dah belajar kat unibersiti tu .

Pak Daniel : Tak ada balik ke budak tu ?

Pak Sopi : Ada la dua tiga bulan sekali balik, kalau dia balik pon dia tumpang kawan dia.

Pak Daniel : Oooo .. hmm ni dia teh tarik ko dah sampai ... haaa, kawan kawan dia tu ok ke ?

Pak Sopi : Biasalah budak budak u, pakai pon cara diorang lah. kita ni zaman lain, diorang zaman lain. dunia dah berubah. haha

Pak Daniel : Hmm....

*dan sesi perbualan itu bersambung kepada topik yg lain*


**************************

Assalamualaikum

Perbualan kat atas ni adalah satu perbualan yg aku pernah dengar dari mulut pak cik kat kampung aku ni. Cuma, tempat, masa dan nama nama adalah rekaan semata-mata. perbualan ni pon aku ubah ubah sikit la.

Point nya dalam cerita ni adalah, ramai parent yg rasa mereka dah berjaya didik anak anak perempuan mereka dengan baik .


Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Hadis ni menunjukkan supaya semua parent perlu sangat sangat berwaspada dalam menjaga anak anak perempuan mereka.

Yang menjadi kesilapan pada parent zaman sekrang adalah, mereka rasa menjaga tu hanyalah memberi tempat tinggal, pakaian, pendidikan dunia, makan dan minum sahaja .


Tapi hakikatnya, selangkah anak perempuan dia keluar rumah tanpa menutup aurat, selangkah dekat bapa dia dengan neraka.

Bila dia anggap menjaga lembu tu lebih senang, mungkin dia tak fikir yg aurat, pergaulan dan setiap tindakan anak perempuannya adalah juga dibawah tanggungannya. Tu la, kebanyakan parent zaman sekrang ni tak amik tau pon dengan sape anak anak dia berkawan. Kadang kadang ade yg dah tau, Tapi itu pon buat tak kisah je. 

Bila agama tak diambil berat, ni lah jadi nya. ramai yg berjaya dengan pendidikan dunia. Tapi bila takde agama, pandai macam mana pon boleh jadi rosak. banyak dah kes kes yg berlaku dipusat pengajian tinggi yg melibatkan anak anak gadis ni. 


Bukan dan kata anak lelaki ni baik semua , tapi biasalah diorang mudah je nk lepas tangan. yg menanggung orang perempuan. See ? tak mudah sebenarnya nk jaga anak perempuan ni .

Kesimpulan 


Pada pendapat aku, memang betullah kata orang 'menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan'. Bila mendidik tu, jangan silap ukuran. pendidikan agama jangan dilupakan . 



Dan kepada perempuan perempuan yg menjadi anak, sila lah bantu parent anda untuk menjaga anda. Tutup lah aurat dengan sempurna. Jaga batas batas agama. Kerana dirimu begitu berharga :D


Sekian. 

*thanks sudi baca walaupun entry ni agak membosankan. 
*kalau rasa bermanfaat share la :D 




You Might Also Like

8 comments

  1. Tapi kadang-kadang kat rumah tu bukan main solehah. Bila keluar rumah, free hair terus. Ada sekali aku naik bas... Naik kemain bertudung manis. Sekali dia bukak tudung dalam bas tu. Semoga tiada yang macam ni lagi. InsyaAllah =)

    ReplyDelete
  2. huhu setuju...skunk ni parents igt diorng dah bg yg terbaekk melalui harta dan wang.... ade plak yg bngga anak diorng tu HOT...nauzubillah...

    insyaAllah, BL jaga air muka keluarga... =) nice entry

    ReplyDelete
  3. mendidik anak ni tanggungjawab parents seumur hidup. dan sbgai anak, bile kite dh jadi parents, barulah kite akan lebih tahu dan faham tanggungjawab parents. :)

    ReplyDelete
  4. nice entri. menjaga anak itu barangkali bukan sekdar luaran. tapi juga mendidik.

    ReplyDelete
  5. betul3..
    kdg2 jeles bile tgok anak lelaki boleh buat je apa y dia nk..tp dgn batas2nye la..tp y perempuan..nk buat tu xboleh..ni xboleh.."knp?knp?knp?"..tp i'm realised..sy perempuan..xD

    ReplyDelete
  6. so,,sbg ank pmpuan kena la pndai jaga diri...buktikan yg kta btol2 syg ayah kta xnk dy masok neraka..
    (nasihat wat diri sdri..Y_Y)

    ReplyDelete
  7. Terimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
    nice post :)
    ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

    ReplyDelete