Ada Hati Perlu Dijaga

Tuesday, June 11, 2013

Assalamualaikum...

Semalam aku mendengar kuliah seorang ustaz, bercerita tentang pentingnya hubungan sesama manusia.

Diceritakan pada zaman Rasulullah terdapat seorang wanita yg sangat kuat ibadahnya. Solatnya penuh, ditambah dengan solat malam dan amalan sunnat yg lain. Tetapi wanita ini tidak disenangi oleh jiran jirannya. Ini dek kerana perkataannya sangat menyakiti hati jiran jirannya. Atau ertikata lain dia tidak tahu menjaga hubungannya dengan jiran jirannya. Satu hari jiran jirannya mengadu hal tersebut kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah menyatakan wanita itu akan ke neraka.



Daripada peristiwa ini, dapatlah aku menegaskan bahawa kehidupan ini bukan hanya tertumpu kepada hubungan antara hamba dan tuhan sahaja tetapi juga perlu dititik beratkan hubungan hamba dan hamba.

Sesetengah manusia langsung tidak amik tahu hubungan sesama manusia. Kita berbuat baik pada Allah, tapi kita tak menjaga hati sahabat sahabat. hati jiran jiran. dan hati yg lain. Kita anggap diri kita dah cukup baik sehingga kita rasa kita tak perlu jaga hati orang lain disekeliling kita



Mungkin dalam tidak sedar kita telah melukakan hati orang orang yg pernah rapat dengan kita. Faktanya manusia yg paling rapat dengan kitalah manusia yg paling senang kita lukakan. Mungkin dalam kita tak sedar atau kita sendiri tak pernah amik tau yg kita dah melukai mereka.

Kesimpulan.

As a muslim, peliharalah juga hubungan sesama manusia, berkelakuan baiklah dengan sahabat sahabat dan jiran jiran. Jaga lah juga hati mereka. kerana hakikatnya Allah tidak akan mengampunkan dosa atau hutang kita pada orang lain selagi orang itu tidak memaafkannya. Mungkin dalam tak sedar kita rasa kita ini hebat disisi Allah tapi realitinya kita hnya seorang manusia yg bongkak pada diri sendiri. 



Sebagai peringatan kepada diri aku dan renungan rakan rakan :)

Sekian.




You Might Also Like

1 comments

  1. hati ialah tempat yang paling mudah terasa. jadi jagalah hati sebaiknya. :)
    btw done follow. follow back ye
    blackisswhite.blogspot.com

    ReplyDelete