Bahagia yg dicari.

Friday, May 24, 2013

Assalamualaikum...

Ada jenis manusia rasa bahagia bila banyak duit. Ada jenis yg kejar nama dan populariti. Ada jugak jenis yg suka jawatan tinggi tinggi.

Bahagia itu ada yang kekal, ada yang sementara. Satu ketika kita tercari cari bahagia walau tanpa kita sedari ia dah ada di depan mata. Kadang kadang kita rasa bahagia itu adalah A, tapi bilah dah ade A, tetap tak bahagia. Kita cari B pulak. Tapi benda yg sama berulang lagi. Masih mencari erti bahagia.


Hari ni malas nk menulis, cuma nk timbulkan persoalan kat korang. Semua orang nk rasa bahagia, tapi cuba tanya dalam diri, "Bahagia apa yang dicari ?". 

Jawapan tu ada dalam diri korang. Bergantung pada hakikat bahagia yg korang sendiri definisikan. Tapi ingat, tak semua bahagia itu membawa ke syurga.

Sekian



You Might Also Like

0 comments

Flickr Images