Nantilah

Saturday, May 25, 2013



"Rasa macam nak update blog hari ni... hurmmm... tapi nantilah... ".

























Assalamualaikum...

Ape perasaan korang kalau tiba tiba datang sini nk baca entry baru, tapi entry tu "nanti" baru ada? 

Isu yg aku nak bincangkan hari ni adalah sikap manusia yg suka bertangguh. Bukan nk cakap budak budak je, yang dah nk jadi mak bapak orang ni pon masih ada lagi sikap macam ni dalam diri.



Selalunya kalau ade je idea nk buat sesuatu bende baik tu, mesti rasa macam nk bertangguh. sikit sikit, "nantilah". 

"Rasa macam nak joging hari ni... hurmmm... tapi nantilah... ".

"Rasa macam nak pergi library hari ni... hurmmm... tapi nantilah... ".

"Rasa macam nak kawin hari ni... hurmmm... tapi nantilah... ".

Ok, yang last tu tertypo. abaikan... Soalnya sampai bila kita nk ada sikap macam ni? sebab kadang kadang kita tau tau pon ada lagi ke "nanti" untuk kita? masih hidup ke kita waktu tu?



We are muslim

Sebagai seorang muslim, aku tak rasa sikap ni patut ada dalam diri kita. bila berbicara soal kewajipan contohnya ibadat khusus, bertangguh bukanlah satu pilihan. Solat awal waktu , puasa bila masuk bulan ramadhan, dan zakat bila dah cukup syarat.


Antara punca sikap bertangguh ni adalah rasa malas. dan aku percaya semua orang ada perasaan malas. Tapi sekurang kurangnya, cuba lah untuk kurangkan sikap "nantilah" tu. Mulakan dengan perkara perkara wajib. 

Then, bila ada idea nk buat benda baik, terus je buat. tak perlu tangguh. sebab mostly kalau tangguh kompom tak buat terus nanti. percayalah.

Kesimpulan

Nasihat aku terutamanya kepada diri aku sendiri, buanglah sikap bertangguh ni. Ni tidak, bila soal kawin je takleh bertangguh, bende lain semua nak bertangguh. haha.

Sekian.







You Might Also Like

0 comments

Flickr Images