Santan

Thursday, May 30, 2013

Assalamualaikum...



Bangun je pepagi hari ni dah kene pi cari buah kelapa, umi aku ade program tgah hari ni. Jadi kena lah memasak pepagi. Nak buat sayur masak lemak katanya.

Kalau kehidupan kat bandar, mungkin dah tak banyak yg mengekalkan cara penghasilan santan cara tradisional. Semuanya beli dari supermarket. Ade santan yg dah diproses jadi serbuk, ade yg berbentuk cecair. Atau senang cerita santan santan jenis ni dikenali sebagai santan "kotak".



Tapi kalau umi aku, tiap kali masak mesti akan guna santan yg ori. Dan mangsa untuk mencari dan memesin kelapa tersebut adalah aku. haha . ni kira ok sebab nk masak lauk2 biasa je. Kalau ade kenduri or dekat ngan hari raya, memang lenguh lah tangan ni asik mesin kelapa je. haha

Nak pilih buah kelapa tua yg dah gugur ada caranya. silap pilih memang dapat yg dah buruk lah. dan paling seksa bila belah buah tu sebelum mesin tapi keluar air yg busuk gila tu. haha. Dulu arwah nenek aku kot yg ajar, nk pilih tu goncang dulu. kalau ada bunyi air dalam dia, tu kira elok lah.




Moral of the story

Malas nk cerita panjang sangat sebab takde orang baca, yg dtg sini ramai ramai tu just tgok cara nk hack result cfs je kan. haha. Dan kesimpulannya, aku bersyukur dibesarkan dalam suasana yg tidak terlalu moden. 

Sekurang kurangnya banyak jugak benda yg aku tau. Takdelah semua bende nk kene beli kan? moralnya, setiap yg berlaku ada hikmahnya, dan setiap hikmah tu jangan hanya dinanti, tapi perlu dicari. Guna akal dan minda, fikirkanlah hikmah pada setiap ketentuanNYA.


Sekian.




You Might Also Like

3 comments

Flickr Images