♥ 10 Sifat Calon Suami Yang Baik ♥
Monday, October 17, 2011"Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut."
♥ Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
♥ Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
♥ Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
♥ Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
♥ Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
♥ Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
♥ Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
♥ Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
♥ Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
♥ Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
6 comments
salam. subhanallah. seronoknya jika lelaki spt ini jadi jodoh setiap wanita. InsyaAllah,jodoh kita adalah sama spt kita. baik kita,baiklah jodoh kita. :)
ReplyDeleteBest kalau dapat lelaki mcm ni.. InsyaALLAH :)
ReplyDeletebagus info ni..kepada semua wanita jadikan panduan
ReplyDeleteSusah nak cari ni, tapi kalau jumpa, syukur...
ReplyDeletesuke yang menjaga mata tu....huhuhu..like :)
ReplyDeletesusah nak menemui lelaki yang memenuhi ciri-ciri yang macam ni macam dah pupus pulak..tapi kalau bertemu jodoh seperti ni alhamdulilah syukur
ReplyDelete