Tak Semua Cinta itu Buta

Wednesday, December 21, 2011



Assalamualaikum....

Pertamanya aku nk mintak maaf sebab dah berhabuk blog aku ni.. Maklum la dah berbulan-bulan berhari-hari tak update ... kene out station ... bajet dah bekerje haha..

So, Hari ni, aku nak berbicara tentang "Cinta" dan "Buta" .. Orang selalu cakap yg Cinta itu buta .. tak mengenal usia .. tak mengenal rupa ... dan tak mengenal kedudukan ... Tapi bagi aku ... Disebabkan Cinta itu Buta .. Ramai dalam kalangan orang yg bercinta, suka meraba - raba .. Mungkin kerana mereka sedang mencari Cahaya =P



Namun ... tak semua Cinta itu Buta ... Ada cinta yg boleh menilai cahaya dan kegelapan ... Ada cinta yg boleh membezakan cantik dan hodoh .. Ada cinta yg mengenal nilai kekayaan.. Dan ada cinta yg mengenal erti jawatan dan kuasa...



Cinta Kerana Harta

Cinta yg jenis macam ni biasanya dimiliki oleh golongan wanita pisau cukur yg tergila-gilakan kekayaan dan kemewahan ... Rupa paras si Lelaki bukan menjadi keutamaan, Asalkan berpoket tebal dan memiliki kereta yg nilainya mencecah 6 angka...  Bagi mereka, itu sudah mencukupi ..



Cinta Kerana Rupa

Ada pula Jenis yg mencari Pasangan yg memiliki rupa paras yang menawan... mempunyai potongan badan yg sempurna dan memiliki senyuman yg mengasyikkan ... Mungkin mereka menganggap kecantikan akan membahagiakan mereka ... macam la ada manusia yg takkan tua dan berkedut-kedut nanti 



Cinta Kerana Kedudukan

Biasanya cinta jenis macam ni dimiliki orang-orang yg gila glamor atau atau pon gila nama ... Penerangan mudah ... Contohnya .. bercinta dengan pemain bola sepak terkenal .. bercinta dengan artis.. dengan mudah mereka akan turut menjadi bualan orang ramai dan perasan diri mereka itu "hot" ..  Ada ke orang macam ni  ?



Cinta Kerana Agama

Sesungguhnya Cinta ini adalah sebaik-baik cinta ... Mencinta seseorang kerana agamanya ... Tak perlu rupa paras yg cantik .. tak perlu harta yg banyak dan tidak perlu kedudukan yg tinggi .. Kerana dengan agamanya  semuanya akan jadi indah dan sempurna ...




Kesimpulan

Walaupun ada sesetengah manusia yg mengatakan Cinta itu Buta .. tapi hakikatnya.. Tak semua Cinta itu buta ... Kerana Manusia masih boleh mengenal Harta .. rupa .. dan Agama walaupun sedang dilamun cinta ... akhir kata .. suka aku tegaskan Sekali lagi bahawa . "Tak Semua CinTa itu BuTa" .. 




Sekian...






You Might Also Like

8 comments

  1. em.. memang best pun klau cerita tentang cinta.. mudah diperbahaskan..

    ReplyDelete
  2. cintaaaa... saya betul2 tak reti. ramai sangat saya tgok yang bercinta, tapi menyusahkan dii sendi,kekasih, kawan2, mak bapak,akademik terabai. sungguh saya tak faham masalah orang bercinta ni

    ReplyDelete
  3. Cinta after kahwin. Pilihan family. Tu semuanya lagi barakah kot. =D

    ReplyDelete
  4. follow awak...

    http://jejari-niza.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. cinta itu buta kerana pencinta itu yg buta, bukan kerana cinta itu :))

    ReplyDelete
  6. NICE!

    Semoga kita semua tergolong dalam kalangan yang mendapat cinta kerana agama dan keranaNya insyaAllah.

    ReplyDelete