Soalan buat Hawa : Bolehkah Aku Bersolat dengan Pakaian ini ?

Friday, December 30, 2011



Assalamualaikum...


Pernah tak korang ( kaum Hawa ) menghadapi masalah untuk menunaikan solat ketika bermusafir ? Dan masalah tersebut ialah kerana korang terlupa untuk membawa telekung ? 

Sekiranya "Ya" .. maka korang sebenarnya sedang menghadapai satu masalah yg agak besar dari segi "Pemakaian" korang ...





Bagaimana Aurat Seorang Wanita ?

Tak perlu aku nk hurai panjang-panjang sebab rasanya semua dah tau.. Cuma ada beberapa part yg aku nk tekankan.. 

"Aurat seorang wanita adalah sebagaimana aurat ketika wanita tersebut menunaikan solat ."


Namun, ada beberapa kesilapan besar yg kaum hawa selalu lakukan..

1. Ketika solat.. mereka menutup kaki mereka .. tapi tidak ketika diluar waktu solat.. ( tak pakai sarung kaki )


2. Ketika solat .. mereka memakai telekung yg longgar.. sebaliknya ketika diluar waktu solat , mereka mengenakan pakaian seumpama hanya membalut tubuh 
( pakaian yg ketat )

3. Memakai tudung yg singkat dan tidak dilabuhkan sehingga menutup bahagian nasi lemak sebagaimana ketika mereka menunaikan solat 
( buat-buat paham sendiri )


Tiga kesilapan diatas adalah antara kesilapan yg selalu kaum hawa lakukan.. Mungkin kerana mereka mengikut fesyen semasa.. Tapi .. Tak ade ke fesyen baju yg longgar-longgar ? Tak ada ke fesyen tudung yg boleh kasi tutup nasi lemak ? 

Mungkin akan ada yg cakap aku ni menyibuk je cakap pasal pompuan.. tapi hakikatnya, aku just nk sedarkan korang ( kaum Hawa ) sebab kat akhirat nnt .. berapa ramai wanita yg diseksa kerana mereka tidak menutup aurat mereka dengan sempurna ? 




Kesimpulan

Alang-alang menutup aurat.. biar lah sempurna ..So, aku nk bagi satu petua untok korang.. Kalau korang nk tau pakaian korang tu tutup aurat atau tak.. korang tanye dalam hati korang "Bolehkah Aku bersolat dengan Pakaian seperti ini ?" jika jawapannya "Ya" , InsyaAllah , tubuh dan diri korang akan dipelihara sepanjang korang menutupnya dengan sempurna....
   


Sayangi diri anda dari dibakar api neraka... Sekian..




You Might Also Like

5 comments